Kedai RuncitPilihan Editor

BELANJAWAN 2021: Dana RM230 Juta Bantu Perkasa Usahawan Bumiputera

Peruntukan khas berjumlah RM230 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 bakal memberi banyak manfaat lebih ramai usahawan Bumiputera.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Izwan Zainuddin, berkata dengan peruntukan disalurkan kepada PUNB yang lebih tinggi berbanding tahun lalu itu bakal memperkasakan usahawan tempatan di tengah-tengah penularan COVID-19 yang belum berakhir.

“PUNB ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan di atas peruntukan khas untuk terus memperkasa usahawan Bumiputera pada pengumuman Belanjawan 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Izwan berkata, peruntukan yang bakal diterima itu akan dimanfaatkan sebaiknya seperti visi PUNB iaitu menjadi pusat kecemerlangan terulung dalam pembangunan usahawan dan misi menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan sokongan perniagaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belajawan 2021 di Parlimen mengumumkan pembiayaan kredit mikro bernilai hampir RM1.2 bilion yang akan disediakan melalui TEKUN Nasional (TEKUN), PUNB, Agrobank, Bank Simpanan nasional (BSN) dan institusi kewangan lain.

Peruntukan itu termasuk tambahan sebanyak RM110 juta kepada Micro Enterprises Facility di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pekerja gig dan yang bekerja sendiri serta menyokong pelaksanaan program iTEKAD.

Daripada peruntukan RM1.2 bilion, PUNB dijangka menerima RM230 juta untuk ditawarkan sebagai pembiayaan kepada PKS bagi tujuan perbelanjaan modal kerja, peningkatan sistem automasi dan peralatan serta perbelanjaan berkaitan pelaksanaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close