MalaysiaPilihan Editor

MELAKA MEMILIH: “Kita Mempunyai Jentera Wanita UMNO Yang Sangat Digeruni Oleh Parti-Parti Lain” – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Kita mempunyai jentera wanita UMNO yang sangat digeruni oleh parti-parti lain !

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini dengan arahan SOP yang ketat, tidak boleh berkempen dari rumah ke rumah tetapi tidak bimbang kerana wanita UMNO mempunyai pengalaman gerak kerja yang tersusun dan sistematik dari dulu lagi dan tidak pernah berhenti mendekati pengundi.

Itulah keyakinan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim yang yakin bahawa Wanita UMNO mempunyai pendekatan sendiri dalam mendekati pengundi pada PRN Melaka dan tidak terikut-ikut dengan kaedah parti-parti lain.

Norliza yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, pendekatan kempen wanita UMNO terbukti sejak parti ditubuhkan dan begitu juga apabila berhadapan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di dalam PRN Melaka ini.

“Kita mempunyai jentera wanita UMNO yang sangat digeruni oleh parti-parti lain.

“Pada PRN Melaka kali ini dengan arahan SOP yang ketat, tidak boleh berkempen dari rumah ke rumah tetapi saya tidak bimbang kerana wanita UMNO mempunyai pengalaman gerak kerja yang tersusun dan sistematik dari dulu lagi dan tidak pernah berhenti mendekati pengundi.

UMNO Online melaporkan; “Kita juga mendekati pengundi sepanjang masa dan tiada masalah pada PRN Melaka kali ini.

“Wanita UMNO bukan hanya melaksanakan kerja dalam dua atau tiga minggu sahaja tetapi kita telah lama membuat kerja ini bagi mendekati pengundi-pengundi untuk menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi,” kata Norliza ketika diwawancara dalam Program Gegau Melaka, UMNO Online di sini.

Norliza yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang seterusnya berkata, isu utama dalam berkempen pada PRN Melaka kali ini ialah memastikan keselamatan dan kebajikan jentera terjaga.

“Kita faham dan tidak mahu membahayakan rakyat tetapi kita percaya rakyat di negara ini telah mencapai lebih 90 peratus vaksinasi.

“Justeru, saya mengharapkan rakyat dan pengundi menjaga disiplin kendiri yang tinggi.

“Elakkan tempat yang sesak, jaga penjarakan fizikal, sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam dan bersihkan tangan pada setiap masa di samping mengamalkan kebersihan kendiri yang baik ketika keluar mengundi,” ujarnya. – BACALAHMALAYSIA.MY/UMNO ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close