MalaysiaPilihan Editor

BERNAS Jamin Bekalan Beras Putih Mencukupi

Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) memberi jaminan bekalan beras putih mencukupi bagi mengisi keperluan rakyat negara ini, di tengah-tengah kegusaran orang ramai untuk mendapatkan barang keperluan itu.

Dalam satu kenyataan bagi menjelaskan keadaan itu, BERNAS memaklumkan pihaknya menyalurkan sebanyak 630,000 tan metrik beras putih pada Januari hingga Ogos lalu.

Menerusi langkah itu, syarikat terbabit berkata, ia menyaksikan peningkatan sebanyak 38 peratus lebih tinggi berbanding purata jualan bulanan bagi tempoh lima tahun lalu.

“Ini bermakna, bekalan beras putih adalah lebih daripada mencukupi tanpa kerajaan perlu menggunakan bekalan stok penimbal.

“Namun demikian, permintaan ke atas beras putih tempatan semakin meningkat disebabkan perbezaan harga beras putih tempatan dan import.

“Peningkatan ini disebabkan peralihan permintaan daripada beras putih import kepada beras putih tempatan oleh pengguna, pembekal kontrak dan pemain-pemain industri makanan,” kata kenyataan itu.

Melalui peranannya sebagai pembeli padi yang terakhir, BERNAS menjelaskan bahawa purata pegangan pasaran padi tempatan syarikatnya hanya sekitar 10 peratus, selebihnya dibeli dan diproses kilang swasta.

Bagi menjamin bekalan beras tempatan, BERNAS menegaskan pihaknya sentiasa komited dan menyokong semua program intervensi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). – BH ONLINE

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close