Dimensi BisnesPilihan Editor

Grab Perkuatkan Komitmen kepada Kemudahan dan Keselamatan ketika Permintaan Pengangkutan Semakin Meningkat

Grab kuat kuasa piawaian keselamatan dan kebersihan lebih tinggi menerusi ciri teknologi dan polisi

Setelah lebih 95% penduduk dewasa Malaysia menerima vaksinasi sepenuhnya, kekangan pergerakan sudah mula dilonggarkan dan lebih ramai warga Malaysia kini beralih kepada kelaziman harian termasuk melancong.

Pelbagai sektor lain yang sedang bersedia untuk beroperasi semula turut meletakkan standard keselamatan tinggi bagi membolehkan orang ramai peroleh keyakinan tinggi untuk beralih kepada norma baharu.

Setelah warga Malaysia mula menerima idea mengamal norma baharu dalam pelancongan dan perjalanan, Grab melihat peningkatan permintaan untuk penghantaran guna kenderaan.

Oleh demikian, Grab ingin berkongsi panduan 6-langkah yang telah dikemas kini ke arah pergerakan lebih selamat dengan GrabProtect yang berasas kepada pelbagai usaha yang telah diperkenalkan demi menjamin keselamatan kedua-dua pengguna dan rakan perkhidmatan.  

Rashid Shukor, Ketua Operasi Grab Malaysia menambah, “Warga Malaysia kini kembali kepada rutin harian masing-masing dan kami melihat lebih ramai telah keluar rumah dan turut menempah pengangkutan secara lebih kerap.

“Platform kami yang menyedia kemudahan dan pilihan pengangkutan yang selamat kini turut dilengkapi dengan polisi GrabProtect sebagai usaha melindung kesihatan dan keselamatan para pengguna.

“Kami berharap langkah ini dapat memberikan ketenangan minda kepada komuniti dan orang ramai ketika mereka melazimi norma baharu ini, manakala rakan pemandu dapat menjalankan tugas demi mencari punca pendapatan secara tenang menerusi platform kami.” 

Komitmen kepada kesihatan dan keselamatan demi ketenangan minda

GrabProtect adalah suatu inisiatif yang membantu memantapkan standard keselamatan dan kebersihan pada platform kami.

Kami memberi tumpuan kepada usaha membantu anda tiba ke destinasi dengan cekap dan selamat. 

Pendekatan kesihatan dan keselamatan 6 Langkah GrabProtect ke arah pemanduan selamat termasuk:

  • Borang isytihar kesihatan –  Semua rakan pemandu dan penghantar, termasuk penumpang dikehendaki melengkapkan pengisytiharan kesihatan sebelum memulakan pemanduan, menghantar pesanan atau menempah naik kenderaan. Pemandu pula dikehendaki menyempurna pengisytiharan kesihatan dan kebersihan secara dalam talian sekurang-kurangnya sekali sehari, manakala penumpang dikehendaki melaksana perkara sama sebelum membuat tempahan perjalanan.
  • Wajib memakai pelitup muka – Rakan pemandu dan penghantar Grab dikehendaki memakai pelitup muka setiap kali menggunakan platform Grab dan syarat sama dikenakan kepada penumpang. Jika salah satu pihak muncul dengan tidak memakai pelitup muka, penumpang dan rakan pemandu boleh membatalkan tempahan dengan memilih “pemandu/penumpang tidak memakai pelitup muka” (“driver/passenger did not wear a mask”) sebagai alasan pembatalan.
  • Sanitasi dalam kenderaan – Grab telah memastikan rakan pemandu dan penghantar dilengkapi dengan pelitup muka dan kit kebersihan untuk melindungi kenderaan dan beg penghantaran masing-masing. Perkhidmatan nyah kuman (disinfection) terhadap kereta dan beg penghantaran disediakan dengan kadar subsidi bagi manfaat pemandu Grab dan rakan penghantar di lokasi pilihan. 

Pemantauan Perjalanan – Bagi memasti keselamatan kedua-dua rakan pemandu dan penumpang, Grab mengguna pelbagai isyarat untuk mengesan sebarang kejanggalan ketika sesuatu perjalanan. Antaranya termasuk pemantauan isyarat perjalanan seperti GPS, keadaan trafik dan risikan peta. Butiran akan dikongsi dengan pihak berkuasa jika didapati keselamatan penumpang atau pemandu terancam.

  • Butang Kecemasan (Emergency Button) – Menyediakan ketikan sehenti bagi mendapat bantuan kecemasan, 24/7, 365 hari setahun. Polis dan ambulan menyusul mengikut respon yang diberi. Penumpang boleh menambah dan memboleh sedia nombor Perhubungan Kecemasan pada ikon setting yang akan dihubungi secara automatik sebaik punat kecemasan diketik.
  • Kongsi Perjalanan Saya (Share My Ride)- Ciri ini memboleh penumpang berkongsi maklumat perjalanan dengan orang tersayang melalui satu pautan yang boleh dikongsi. Butir perjalanan dapat dikesan menerusi sebuah laman web yang dipaparkan sebaik mengetik pautan berkenaan.

Hanya rakan pemandu dan penumpang dengan Risiko Rendah (Low Risk) dan Kontak Kasual Tidak Bergejala (Casual Contact No Symptom) yang tertera pada status risiko MySejahtera COVID-19 layak menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab.

Sebagai tambahan kepada langkah siap siaga kesihatan dan keselamatan ini, GrabInsure telah pun membuat kerjasama dengan Chubb untuk menawarkan secara percuma – Insurans Vaksinasi Pasca Covid-19 (Covid-19 Post Vaccination Insurance) dengan liputan sehingga RM7,800 bagi penduduk Malaysia (manfaat termasuk untuk pemandu dan rakan penghantar).

Maklumat lanjut tentang pendaftaran boleh diperoleh dengan berkunjung ke SINI.

Menjana Permintaan Bagi Melonjak Ekonomi Tempatan

Sebagai sokongan kepada usaha kerajaan membuka semula industri pelancongan domestik, Grab telah melancarkan pelbagai kempen dan promosi bagi menyediakan lebih nilai kepada pelancong domestik untuk mereka merantau dan menikmati Malaysia.

Bagi menjamin perjalanan lebih selamat, Grab memperkenal promosi istimewa untuk manfaat pelancong tempatan menerusi penerbangan udara.

Dari sekarang hingga 31 Disember 2021, para pengguna berupaya menikmati potongan sehingga RM10 apabila membuat tempahan daripada lapangan terbang terpilih di seluruh negara. 

Antara promosi khas Grab yang memboleh pelancong dan pengunjung terus menimba pengalaman budaya setempat di mana jua mereka berkunjung adalah seperti berikut:

  • Minggu Peniaga Kecil – kempen mingguan untuk menggalakkan pengguna menyokong jenama tempatan dan peniaga kecil menerusi GrabFood sambil menikmati penjimatan. 
  • Shop Malaysia Online – Grab menerus sokongan kepada usaha murni kerajaan dalam Shop Malaysia Online yang menawarkan penjimatan sehingga 50% untuk dinikmati pelanggan yang mengguna perkhidmatan GrabFood, GrabMart and GrabPay.

Ketika Malaysia kembali pulih, Grab komited dengan usaha inovasi teknologi bagi manfaat kedua-dua pengguna dan rakan penghantar yang sememangnya bergantung kepada platform kami bagi mengakses segala keperluan dengan selesa. – GRAB NEWS

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close