Kedai RuncitPilihan Editor

7-Eleven Malaysia Bina Kilang Pengeluaran Makanan

7-Eleven Malaysia akan membina kemudahan kilang dapur induk baharu untuk meningkatkan kualiti makanan yang ditawarkan di rangkaian kedainya di seluruh negara.

Ia sebahagian daripada kerjasama yang dimeterai dengan 7-Eleven International (7IN), francais induk utama jenama 7-Eleven di seluruh dunia yang mengendalikan lebih daripada 45,000 jenama kedai serbaneka terkemuka itu di lebih 10 negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bersama 7-Eleven Malaysia, Tan U-Ming, berkata kemudahan baharu ini akan berfungsi sebagai lokasi utama untuk pengeluaran, persediaan, dan pengedaran

“Kami sangat teruja berkerjasama dengan 7IN dalam membina kilang dapur induk baharu. Kerjasama ini membolehkan kami meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan dengan menggabungkan teknologi dan jentera terkini, di samping menyusun operasi untuk makanan yang lebih berkualiti.

Selain usaha sama dengan 7IN, 7-Eleven Malaysia juga bekerjasama dengan Fuji Food, dengan mengikut garis panduan perundingan yang merangkumi peningkatan pengeluaran melalui peralatan inovatif, peningkatan kualiti daripada pemilihan produk untuk pelanggan membeli, dan peningkatan penyelidikan dan pembangunan produk baharu.

Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap peningkatan yang berterusan, 7-Eleven bersama-sama dengan 7IN akan memulakan inovasi makanan pada suku ketiga hingga suku keempat pada tahun ini.

Salah satu usaha utama adalah pengenalan menu baharu khas untuk pelanggan, yang dihasilkan dari kilang dapur induk baharu ini.

Kemudahan kilang dapur induk baharu ini dijadualkan untuk memulakan operasi pada November 2023.

7-Eleven Malaysia dan 7IN akan terus bekerjasama dengan rapat, menggabungkan kepakaran dan sumber mereka untuk mendorong inovasi dan memberikan kecemerlangan di semua aspek perjalanan pelanggan. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close