MalaysiaPilihan Editor

‘Keputusan Kekalkan Kerusi 6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Hanya Bermotif Politik’ – Ku Li

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, yang mengekalkan kerusi bekas enam Ahli Parlimen BERSATU yang menyokong Perdana Menteri, adalah bermotifkan politik.

Beliau berkata, secara dasarnya keenam-enam bekas Ahli Parlimen BERSATU itu perlu mengosongkan kerusi mereka kerana tidak lagi sehaluan dengan parti yang mereka sertai.
Dari kiri atas; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), manakala dari kiri bawah; Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
Dari kiri atas; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), manakala dari kiri bawah; Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

“Ini semua adalah alasan politik yang diberikan (mengekalkan kerusi mereka), bukan dari segi undang-undang atau pun tujuan sebenar kita pinda Perlembagaan dulu.

“Jadi, sebaiknya enam bekas Ahli Parlimen BERSATU yang mengalih kesetiaan kepada parti yang lain dan tak mahu lagi sokong arahan partinya sendiri, mesti kosongkan kerusi ini.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, mengesahkan pihaknya menerima surat daripada Johari memaklumkan enambekas Ahli Parlimen BERSATU yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, kekal sebagai wakil rakyat.

Mereka adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berkata, keputusan di Dewan Rakyat juga seharusnya selari dengan keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Ini perkara yang pelik kerana sepatutnya hanya ada satu tafsiran saja, kalau kosong di Kelantan, kerana menggunakan peruntukan Perlembagaan yang sama, yang dipinda oleh Parlimen untuk menyekat orang melompat parti (maka) di Parlimen pun sama.

“Tak boleh berbeza di antara satu dengan yang lain, kerana peruntukan dalam Perlembagaan itu sama.

“Ini jelas sekali di Kelantan dilakukan kerana kekosongan itu mesti wujud, jadi orang di Kelantan atau wakil di Kelantan itu, sudah memberi sokongan kepada parti lain,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close