Duniaku Teknokrat

Bursa Malaysia Lantik Sharifatu Laila Syed Ali Sebagai Pengarah Berkepentingan Awam Baharu

Bursa Malaysia Bhd melantik Sharifatu Laila Syed Ali sebagai Pengarah Berkepentingan Awam menyertai barisan Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 1 Okt 2020.

Bursa Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata pengarah berkepentingan awam dilantik oleh Menteri Kewangan mengikut Seksyen 10(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Sharifatu Laila pada masa ini merupakan Pengarah RHB Bank Bhd, RHB Investment Bank Bhd dan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ValueCap Sdn Bhd dari 2002 hingga 2014 dan ketua pegawai eksekutif kumpulan/pengarah urusan syarikat itu dari Januari 2015 hingga Julai 2018.

Ahli Lembaga Pengarah Bursa Malaysia Bhd berkuat kuasa 1 Okt 2020 terdiri daripada Tan Sri Abdul Wahid Omar (Pengerusi, Pengarah Berkepentingan Awam dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif), Datuk Muhamad Umar Swift (Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Eksekutif Bukan Bebas), Datuk Anad Krishnan a/l Muthusamy (Pengarah Berkepentingan Awam dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif), Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad (Pengarah Berkepentingan Awam dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif).

Selain itu, ia turut dianggotai Sharifatu Laila Syed Ali (Pengarah Berkepentingan Awam dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif), Datuk Karownakaran @ Karunakaran a/l Ramasamy (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan), Pushpanathan a/l S.A. Kanagarayar (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif), Datin Grace Yeoh Cheng Geok (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif), Chong Chye Neo (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) dan Uji Sherina Abdullah (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif). — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close