Duniaku TeknokratPilihan Editor

Neelofa Terima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith

Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, terima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau Influencer daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Neelofa menerima anugerah berkenaan sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.

Anak kelahiran Pasir Mas yang juga usahawan berjaya itu adalah salah seorang daripada 14 wanita menerima anugerah pada majlis berkenaan.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff di Kota Darulnaim, di sini.

Bagaimanapun, Neelofa tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana dipercayai berada di Langkawi atas urusan perniagaan selepas melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.

HSK adalah program tahunan yang diperkenalkan kerajaan negeri bagi meraikan, mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan di negeri ini.

Program itu dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.

Penerima tokoh menerima sijil, plak, dinar emas dan kitab tafsir Al-Azhar, selain hadiah iringan seperti kerongsang, selempang, hamper, persalinan batik dan sejambak bunga. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close