MalaysiaPilihan Editor

PARLIMEN: PAC Laksana Prosiding 4 Isu Dibangkit Laporan Ketua Audit Negara

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan melaksanakan prosiding bagi empat isu dibangkitkan melalui Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 bermula bulan ini hingga 1 Ogos depan.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata ia membabitkan prosiding Pengurusan Air Negara di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRESS) pada 29 Julai ini.

Beliau berkata, bagi prosiding Pengurusan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dan Sabah di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pula, ia adakan diadakan pada 30 Julai ini.

“Prosiding MARA Incorporated Sdn Bhd di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pada 31 Julai dan prosiding Majlis Profesor Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), 1 Ogos ini,” katanya pada sidang media, di Parlimen, hari ini. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close