Duniaku Teknokrat

CEO IOI Corp Dilantik Pengerusi MPOA

Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) memilih Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan IOI Corporation Bhd, Datuk Lee Yow Chor sebagai Pengerusi baharunya untuk penggal 2020-2022

Beliau menggantikan Datuk Franki Anthony Dass yang akan bersara setelah berkhidmat dari 2016 hingga 2020.

MPOA berkata, Yow Chor ialah pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dari Februari 2009 hingga Mac 2020.

“Pengalamannya yang luas dalam industri sudah pasti akan memberikan persatuan ini rangsangan tambahan dalam menangani isu yang melanda sektor perladangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, CEO Hap Seng Plantations Holding Bhd, Au Yong Siew Fah dipilih semula sebagai Naib Pengerusi MPOA.

Ditubuhkan pada 1999, MPOA terdiri daripada 121 syarikat perladangan yang memiliki dan menguruskan gabungan 40 peratus atau 1.82 juta hektar kawasan penanaman kelapa sawit di Malaysia, menjadikan oa satu-satunya persatuan terbesar mewakili industri berkenaan dalam negara. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close