MalaysiaPilihan Editor

Anwar Hilang Pengaruh Dalam PH

Pemilihan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) membuktikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hilang pengaruh di dalam PH.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, perkara itu dibuktikan apabila wujud perbincangan tidak rasmi antara DAP, Parti Amanah Negara (Amanah), dan Warisan itu kelmarin tanpa penglibatan PKR.

“Pertama, Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri buat selama-lamanya. Ini juga sekali gus akan memusnahkan PKR dan berakhirlah politik dinasti Anwar di Malaysia.

“Ini juga dengan jelas menunjukkan parti seperti DAP, Amanah dan Warisan juga telah mengkhianati PKR dan Anwar.

“Parti-parti ini percaya bahawa Anwar dan PKR tidak akan berjaya menarik undi orang-orang Melayu untuk kembali ke PH Plus,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – SINAR HARIAN/PIC MALAY MAIL

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close