Duniaku Teknokrat

Ahmad Jazlan Dilantik Pengerusi Baharu MPOB

Ahli Parlimen Machang dan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang baharu, berkuat kuasa 8 April 2020.

Dalam satu kenyataan, MPOB berkata, Ahmad Jazlan menggantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang telah berkhidmat sehingga 31 Mac 2020.

Pelantikan itu diumumkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, pengurusan MPOB menaruh keyakinan bahawa pengalaman Ahmad Jazlan akan membantu melonjakkan pembangunan mampan industri sawit negara. – Bernama

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close