Duniaku TeknokratPilihan Editor

11 Firma Malaysia Disenarai Antara Syarikat Terbaik Asia

Sebanyak 11 syarikat Malaysia disenaraikan dalam 200 Syarikat Terbaik Bawah Satu Bilion 2021 oleh Forbes Asia.

Senarai tahunan itu diterbitkan bagi mengiktiraf syarikat senaraian awam bersaiz kecil dan sederhana di Asia Pasifik yang mencatatkan jualan di bawah AS$1 bilion.

Firma Malaysia yang berada dalam senarai itu terdiri daripada syarikat berkaitan penjagaan kesihatan, semikonduktor, pembuatan, teknologi dan perisian serta produk plastik.

Syarikat itu ialah Comfort Gloves; D&O Green Technologies; Dancomech Holdings; Dufu Technology; FoundPac; Frontken; Revenue Group; Scientex; Thong Guan Industries; UG Healthcare dan ViTrox.

Comfort Gloves, pengeluar sarung tangan yang berpangkalan di Taiping, Perak menerajui syarikat Malaysia dalam senarai itu dengan mencatatkan jualan sebanyak AS$225 juta.

Ia kemudiannya diikuti syarikat semikonduktor, D&O Green Technologies yang mencatatkan jualan AS$137 juta dan seterusnya Dancomech Holdings dengan jualan AS$28 juta.

Dalam satu kenyataan, Forbes Asia berkata, senarai bagi tahun ini menonjolkan syarikat terbaik di bawah satu bilion yang bertahan meskipun berdepan pandemik COVID-19.

Ia berkata, syarikat berkaitan penjagaan kesihatan dan farmaseutikal mencatatkan prestasi cemerlang, sementara syarikat berkaitan teknologi dan logistik yang mempunyai kaitan dengan e-dagang global juga mendapat manfaat.

Katanya, angka kewangan yang kukuh menggambarkan kekukuhan syarikat terbabit meskipun berdepan pandemik global.

“Syarikat berkaitan kesihatan dan farmaseutikal menonjol, sementara syarikat teknologi dan logistik yang berkaitan dengan ledakan e-dagang global juga mendapat keuntungan.

“Sebagai bukti kejayaan syarikat di bawah satu bilion yang mampan, sebanyak 42 syarikat kembali semula dari tahun sebelumnya. Ini termasuk Aspeed dari Taiwan, yang kini berada dalam senarai selama lapan tahun berturut-turut,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close