MalaysiaPilihan Editor

Contohi Ketegasan Kerajaan Pahang Soal Pencerobohan Tanah Haram, Perlu Pemetaan Tanah Semula – Norliza

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Semua kerajaan negeri dicadangkan untuk bertegas dan berani termasuk perlu mengadakan pemetaan dan ukur tanah milik kerajaan negeri semula bagi memastikan penerokaan tanah haram dapat dibanteras secara habis-habisan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Dalam hal yang sama, beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia berpandangan tindakan Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan YAB Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang bertegas dalam soal operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub adalah satu sikap yang perlu dicontohi.

“Sudah tiba masanya penguatkuasaan dan penyelarasan perlu dikemaskini, diperketatkan dan ditambahnilai dalam kerja-kerja pemetaan dan ukur tanah di bawah kerajaan negeri masing-masing.

“Dalam hal ini, saya percaya kerajaan negeri mempunyai ketegasan yang kukuh seperti mana yang ditunjukkan oleh Kerajaan Pahang bahawa setiap pencerobohan tanah itu adalah melanggar undang-undang,” kata Norliza dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Norliza yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional Pulau Pinang turut menyelar campur tangan mana-mana pemimpin politik yang kononnya dianggap pejuang rakyat sedangkan secara jelas dan terang-terangan bahawa tindakan pihak tertentu itu menceroboh tanah kerajaan boleh dianggap ahli politik itu umpama bagai beruk kena belacan.

“Ahli politik sebegini boleh diibarat juga tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket malahan pihak yang menceroboh ini umpama sepuluh kali ukur, sekali kerat,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Norliza turut mengucapkan tahniah di atas ketegasan Kerajaan Pahang dalam soal menguatkuasaan undang-undang tanah dan teruskan usaha-usaha memangkinkan serta menyelaraskan sistem pentadbiran tanah yang lebih efisien dan efektif. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close