MalaysiaPilihan Editor

COVID-19: 4,759 Kes Baharu, 70 Peratus Jangkitan Di Lembah Klang

 Sejumlah 4,759 kes baharu COVID-19 direkodkan semalam, dengan hampir 70 peratus membabitkan jangkitan di sekitar Lembah Klang sahaja.

Laman COVIDNOW memaklumkan jumlah itu termasuk tiga kes import, sekali gus menjadikan keseluruhan 46,260 kes aktif sehingga tengah malam tadi.

Berdasarkan maklumat, Kuala Lumpur dan Selangor merekodkan angka jangkitan baharu tertinggi dengan masing-masing 1,840 dan 1,447 kes.

Negeri lain pula membabitkan Perak dengan 223 kes, diikuti Pulau Pinang (211), Sabah (209), Negeri Sembilan (170), Kedah (130), Melaka (103), Sarawak (95), Johor (74), Kelantan (73), Putrajaya (59), Pahang (47), Terengganu (37), Labuan (27) dan Perlis (14).

Sejak COVID-19 melanda, negara merekodkan kumulatif 4,621,835 kes dengan 35,932 kematian di seluruh negara. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close