Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Volvo XC90 – Kereta Keluarga Yang Unggul

Bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, kehadiran ahli keluarga baru lazimnya begitu diharapkan.

Sebaik sahaja mereka menjadi ibu bapa, mereka akan menumpukan perhatian kepada penjagaan cahaya mata mereka yang baru dilahirkan.

Salah satu keutamaan mereka adalah untuk mendapatkan kereta yang khusus untuk kegunaan keluarga. 

Tanpa mengira saiz dan reka bentuk, sebuah kereta keluarga harus mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap dan mempunyai ruang yang cukup untuk bilangan ahli keluarga yang kian bertambah.

Di penghujung hari, setiap ibu bapa berhak untuk menjalani kehidupan yang baru sambil menikmati detik yang indah bersama keluarga dengan tenang apabila mengetahui bahawa keselamatan anak mereka terjamin di dalam kenderaan yang dipandu.

Sebagai ibu bapa, anda boleh merancang perjalanan anda dan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan bahawa anda memandu dengan selamat, tetapi terdapat faktor-faktor lain yang berada di luar kawalan anda – contohnya, keadaan jalan yang tidak menentu atau tingkah laku pemandu yang lain.

Tentunya anda tidak mahu menghadapi masalah-masalah seperti itu, lebih-lebih lagi apabila anda memandu dengan anak-anak kecil. 

Oleh itu, sebuah kereta keluarga memainkan peranan penting sebagai rakan pemandu dan penjaga arah keselamatan anda. Ia juga akan memberikan anda pengalaman memandu yang paling optimum.

Volvo memahami faktor-faktor penting ini dan menyedari bahawa sebagaimana ibu bapa mengutamakan keselamatan anak-anak, keselamatan mereka juga perlu dijaga. Kerana itulah Volvo memperkenalkan Volvo XC90, kenderaan SUV untuk kegunaan keluarga yang bukan hanya boleh menjaga keselamatan anak-anak, tetapi juga ibu bapa.

Volvo XC90 merupakan SUV mewah bersaiz sederhana dengan tujuh tempat duduk, yang sejurus daripada pelancarannya, telah menjadi penanda aras bagi SUV keluarga mewah.

Dorongan di sebalik reka bentuk Volvo XC90 adalah ringkas – ia adalah kereta keluarga unggul yang direka untuk menjaga anda dan mereka yang tersayang.

Kelainan Volvo XC90 terletak pada kemewahan yang bersahaja dibina di dalam casis yang bukan sahaja cukup sesuai untuk seisi keluarga tetapi juga cukup besar untuk memuatkan penumpang yang lain. Ia juga mempunya ruang bonet belakang yang lebih besar, ciri keselamatan yang lebih banyak, dan ciri-ciri tambahan lain yang mungkin anda tidak terfikir akan diperlukan kelak. 

Ada sebabnya kereta ini dapat menawan begitu ramai pengguna di seluruh dunia – revolusi yang dibawakan kepada SUV ini selayaknya telah meraih populariti selama lebih 15 tahun.

Dengan model generasi keduanya yang diperbaharui, reka bentuknya kini lebih panjang dan luas dan merupakan pilihan kenderaan yang mewah bagi keluarga yang sedang berkembang.

Pendek kata, Volvo XC90 adalah SUV mewah penuh dengan rekaan intuitif untuk keperluan anda yang kian bertambah.

Keselamatan Sentiasa Menjadi Keutamaan

Jenama kereta mewah yang disinonimkan dengan keselamatan, Volvo menyisipkan dua ciri keselamatan penting pada Volvo XC90 – Lane Keeping Aid dan Cross Traffic Alert.

Keresahan anak-anak ketika berada di dalam kereta sering kali menyebabkan gangguan kepada ibu bapa ketika memandu.

Jeritan anak-anak yang meminta perhatian ibu bapanya boleh menjejaskan tumpuan daripada pemanduan. Kerana itulah ciri Lane Keeping Aid begitu berguna untuk memberikan bantuan kawalan dalam pemanduan dan ia akan memberi amaran kepada pemandu sekiranya kenderaan mereka terkeluar dari laluannya.

Anggaplah Cross Traffic Alert sebagai sepasang mata kedua yang membantu anda dalam setiap pemanduan. Ia berfungsi dengan memberikan isyarat akustik apabila terdapat sebarang objek sedang berhampiran dengan kereta dan ia akan memancarkan amaran kepada pemandu.

Apabila digandingkan dengan ciri Blind Spot Information, ia dapat mengesan kenderaan dari arah bertentangan dan halangan ketika kereta sedang mengundur, mengelakkan kemungkinan terjadinya pelanggaran.

Volvo XC90 pastinya merupakan rakan pemandu yang baik dan terbukti bahawa ia sebuah kereta keluarga yang selamat dalam jangka masa yang panjang. 

Kereta yang Direka untuk Kehidupan Berkeluarga

Pada ibu bapa yang baharu, pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak mungkin perkara yang agak mencabar tetapi dengan ISOFIX Mounting Points yang disepadukan dengan tempat duduk belakang Volvo XC90, ia tidak lagi merupakan sesuatu yang menyusahkan.

ISOFIX Mounting Points merupakan cara yang paling selamat dan mudah untuk memasang kerusi keselamatan kanak-kanak dan boleh diakses melalui bahagian bawah sandaran tempat duduk belakang.

Oleh kerana Volvo XC90 telah direka untuk keluarga yang kian berkembang, ia juga didatangi dengan Integrated Booster Cushion. Khusus untuk kegunaan kanak-kanak berumur empat tahun ke atas, Integrated Booster Cushion ini membolehkan kanak-kanak anda menikmati pemandangan luar dan ibu bapa tidak perlu risau kerana kerusi ini dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan khas untuk anak-anak mereka.

Apabila ia tidak digunakan, kusyen booster ini boleh disimpan dengan kemas di dalam kusyen tempat duduk tengah di barisan tempat duduk yang kedua.

Keselamatan adalah Teras di Volvo 

Faktor keselamatan sudah sememangnya menjadi akar umbi dengan Volvo dari pelbagai sudut – iaitu planet, jalan raya, serta keselamatan untuk ibu bapa dan anak-anak mereka.

Perkara-perkara ini sentiasa menjadi asas reka bentuk kenderaannya.

Walaupun kejadian kemalangan adalah sesuatu yang tidak dapat diduga, kita masih boleh berusaha untuk mengelakkannya dan mengurangkan kerosakan yang mungkin dialami dengan memilih kenderaan yang sesuai. 

Terbukti sebagai antara kereta yang paling selamat di jalan raya, Volvo XC90 telah dianugerahkan TOP SAFETY PICK+ 2023 oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS).

Pencapaian ini diiktirafkan kerana Volvo XC90 telah memenuhi kriteria institusi yang lebih ketat dan keperluannya untuk menyediakan perlindungan pelanggaran sisi yang lebih baik, sistem pencegahan pelanggaran pejalan kaki yang dipertingkatkan, serta penyingkiran lampu hadapan yang tidak mencapai standard yang tertentu.

Segala ciri ini disepadukan di dalam rekaan Volvo XC90, yang melayakkannya untuk memperoleh pengiktirafan tersebut.

Rangkaian Volvo XC90 boleh didapati secara atas talian atau melalui pengedar tempatan anda yang terdekat.

Sah pada jangka masa yang terhad, pelanggan yang mendaftarkan Volvo XC90 B5 Ultimate Mild-Hybrid atau Volvo XC90 Recharge T8 Plug-In Hybrid sebelum tarikh 31 Mac 2023 akan menikmati pakej servis percuma selama lima tahun (VSA5+)*.

Pakej VSA5+ yang juga dikenali sebagai ‘Volvo Service Agreement 5 Plus’, merupakan pakej servis kereta komprehensif selama lima tahun daripada Volvo Cars yang merangkumi lima servis kereta pertama termasuk item haus dan lusuh yang mungkin perlu diganti.

Kunjungi bilik pameran yang terdekat atau log masuk di https://www.volvocars.com/my untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Selain daripada Volvo XC90, Volvo Car Malaysia juga menawarkan VSA5+ untuk model Volvo S60, Volvo S90, Volvo V60, Volvo XC60 dan Volvo XC40 B5, manakala pelanggan yang mendaftarkan Volvo XC40 Recharge Pure Electric akan menerima baucar pengecas dinding (wallbox) bernilai RM7,000*.

Tawaran ini hanya terpakai untuk kereta yang didaftarkan dari 1 hingga 31 Mac 2023. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close