MalaysiaPilihan Editor

Cukai Jalan, Lesen Boleh Diperbaharui Di Pos Malaysia

Orang ramai yang ingin memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) boleh berbuat demikian secara jumpa terus di mana-mana cawangan Pos Malaysia di seluruh negara bermula esok.

Dalam satu kenyataan, Pos Malaysia menjelaskan, bagi yang telah membuat janji temu untuk perkhidmatan pembaharuan Jabatan Pengangkutan Jalan boleh memilih untuk meneruskan janji temu itu pada tarikh, masa dan lokasi pilihan atau secara jumpa terus di mana-mana cawangan pejabat pos.

“Pelanggan juga boleh memperbaharui insurans kenderaan motor mereka menerusi kaunter pejabat pos atau secara dalam talian melalui laman web dan aplikasi mudah alih,” kata kenyataan itu.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menggunakan ‘AskPos’ di laman web www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Pada Jumaat, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan tempoh moratorium bagi pembaharuan LKM dan LMM dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Beliau berkata bagaimanapun, pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah dan menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close