GovernansPilihan Editor

Ekonomi Dijangka Pulih Pada Fasa 3

Kerajaan akan menyemak semula sasaran asal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6.0 peratus hingga 7.5 peratus bagi keseluruhan tahun susulan pelaksanaan fasa pertama sekatan pergerakan penuh.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata beliau mengakui pertumbuhan ekonomi terkesan oleh penutupan banyak industri susulan pelaksanaan sekatan pergerakan bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini.

Beliau berkata, semakan semula kadar KDNK itu juga pasti akan memberi kesan kepada paras defisit negara, namun secara keseluruhan KDNK pada 2021 akan berada di wilayah positif berbanding tahun lalu. Katanya, kerugian ekonomi semasa fasa ini dianggarkan RM1 bilion sehari dan kerajaan sejujurnya tidak mampu menanggung kerugian akibat sekatan dalam tempoh yang terlalu lama.

Justeru, beliau menegaskan bahawa fasa kedua dan ketiga dijangka dapat membantu mengurangkan kerugian ini apabila lebih banyak sektor perniagaan dibenarkan untuk beroperasi.

“Kementerian Kewangan akan menyemak semula KDNK negara, tetapi kami masih menunggu senarai penuh sektor yang dibenarkan beroperasi dalam fasa kedua dan ketiga daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas bersama dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin secara maya, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menjangkakan ekonomi negara akan mencatatkan pertumbuhan antara 6.0 peratus dan 7.5 peratus tahun ini sejajar dengan unjuran Bank Dunia sebanyak 6.0 peratus dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak 6.5 peratus.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, Fasa 2 akan bermula selepas mencapai nilai ambang kes harian turun di bawah 4,000 kes, tahap penggunaan ICU tidak lagi di tahap kritikal dan 10 peratus penduduk divaksinasi.

Beliau berkata, perbezaan utama di antara Fasa 1 dan Fasa 2 adalah membenarkan kapasiti fizikal meningkat daripada 60 peratus kepada 80 peratus untuk sektor yang dibenarkan dan ditambah beberapa sektor kepada senarai positif yang dibenarberoperasi.

Peralihan ke Fasa 3 pula, katanya, akan dibuat selepas mencapai tahap vaksinasi 40 peratus serta penggunaan ICU di tahapselamat serta kes harian di bawah 2,000.

Katanya, Fasa 3 membabitkan pendekatan berubah daripada senarai positif aktiviti yang dibenarkan kepada senarai negatif aktiviti yang tidak dibenarkan.

“Peralihan daripada Fasa 3 ke Fasa 4 iaitu fasa terakhir akan membabitkan pembukaan menyeluruh aktiviti sosial dan ekonomi, selepas mencapai tahap vaksinasi 60 peratus,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close