MalaysiaPilihan Editor

“Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet”, SKMM, LLM Kenal Pasti Hampir 50Km Jajaran Tanpa Liputan Telekomunikasi

“Di mana ada jalan, di situ ada internet” !

Sejajar dengan dasar yang disebutkan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi mengenal pasti hampir 50 kilometer jajaran lebuh raya yang tidak mempunyai liputan telekomunikasi langsung.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata dasar ‘Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet’ akan dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah capaian internet, termasuk di lebuh raya seluruh negara.

“Ada beberapa lokasi utama sedang dikenal pasti, dan perbincangan sedang dijalankan. Harapan saya, lokasi-lokasi ini dapat dimasukkan dalam fasa kedua Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), memandangkan kebanyakan kawasan tersebut berkemungkinan memerlukan pembinaan menara telekomunikasi.

Beliau berkata selepas melawat Menara (MOCN) 4G Enam Hala YES Tanjung Asam, sempena Program Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet di Tanjung Asam, Bayan Lepas pada 1 Julai 2025 lalu.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir Aziz yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close