Governans

AUDIT NEGARA: Kedudukan Pelaburan Kerajaan Berjumlah RM34.822 Bilion Pada 2023

Nilai buku pelaburan Kerajaan Persekutuan bagi tempoh lima tahun menunjukkan peningkatan konsisten daripada RM33.191 bilion pada 2020 kepada RM34.822 bilion pada 2023, menurut Analisis Kewangan Kerajaan Persekutuan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan, trend itu menurun sedikit pada 2024 sebanyak RM0.131 bilion (0.4 peratus) kepada RM34.691 bilion.

Pelaburan Kerajaan Persekutuan dalam Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) turut meningkat sebanyak RM410 juta hasil daripada pemindahan 410,000,001 unit saham biasa MKD dalam Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) kepada Khazanah.

Bagaimanapun, dividen daripada 13 syarikat dan dua badan berkanun meningkat sebanyak RM3.059 bilion atau 105.3 peratus kepada RM5.964 bilion, berbanding RM2.905 bilion pada tahun sebelumnya, peningkatan ketara disumbangkan oleh Syarikat Piramid Pertama Sdn Bhd yang menambah RM2.734 bilion.

Sementara itu, dividen daripada tujuh syarikat utama berjumlah RM32.030 bilion mencatat penurunan sebanyak RM10.106 bilion atau 24 peratus berbanding RM42.136 bilion pada 2023.

Penurunan terbesar datang daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang menyusut sebanyak RM8 bilion. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close