Kedai RuncitPilihan Editor

Niaga NADI x TikTok Shop Open Day Terus Diperkasakan Untuk Lahirkan Usahawan NADI !

Niaga NADI x TikTok Shop Open Day telah dilaksanakan dengan jayanya dalam melahirkan usahawan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di TikTok Shop Live Hub, Kuala Lumpur pada 20 Ogos 2025 lalu.

Program ini merupakan kesinambungan daripada Latihan Niaga NADI x TikTok Shop (26–27 Julai 2025) serta NADI Misi Transformasi 14 Hari yang berakhir pada 10 Ogos 2025 lalu.

Sepanjang misi tersebut, peserta telah diberi tugasan menghasilkan live video setiap hari, dan hasil penilaian telah menobatkan lima usahawan NADI terbaik.

Melalui Open Day ini, pemenang dipertemukan dengan TikTok Shop Partners (TSP) masing-masing bagi memulakan proses bimbingan dan kolaborasi. Majlis turut diserikan dengan sesi pertukaran folder simbolik antara TikTok Shop & Usahawan NADI, serta Simulasi Jualan Secara Live – NADI Berniaga! 3 Minutes Liveselling Challenge yang menampilkan kreativiti usahawan.

Turut hadir ialah Ketua Pejabat NADI Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dr Arif Adenan, yang berkesempatan meluangkan masa bersama usahawan dalam sesi ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Semoga terus cemerlang dan melangkah lebih jauh dalam dunia keusahawanan digital. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close