MalaysiaPilihan EditorTwo Cents

Ekonomi Malaysia Bersedia Untuk Pulih : LIDAH PENGARANG

Bersediakah kita ?

Apakah ekonomi negara semakin pulih ?

Dalam laporan BERNAMA, aktiviti ekonomi tempatan dijangka pulih dan meningkat dengan lebih jauh pada separuh kedua 2021, walaupun ambang imuniti kelompok daripada COVID-19 mungkin tidak dapat dicapai pada akhir tahun ini.

Seperti kata Ketua Pengagihan Kekayaan Runcit Manulife Investment Management (M) Bhd, Ng Chze How, Malaysia diramal akan berada dalam zon perniagaan akan meningkat, lebih banyak sektor ekonomi dibuka semula serta mencatatkan pemulihan yang lebih lanjut.

“Terdapat banyak kajian kes, malah sekarang ini juga, saya berpendapat ramai pembuat dasar Malaysia tahu bahawa mereka perlu membuka semula lebih banyak sektor kerana kita perlu meneruskan kelangsungan walaupun dengan adanya virus ini.

“Kita tidak mampu untuk meneruskan sekatan terlalu lama kerana ini akan menyebabkan ramai orang kehilangan sumber pendapatan mereka.

“Unjuran untuk separuh kedua ini terkait rapat dengan program dan kemajuan vaksinasi, saya yakin negara mampu meneruskan pemulihan ekonomi,” katanya.

Dari segi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), eksport dan semua petunjuk ekonomi, beliau menjelaskan kesemua akan mencerminkan kenaikan menjelang separuh kedua tahun ini.

Pasaran kita disokong oleh dasar monetari dan persekitaran kadar faedah yang lebih rendah (pada masa ini). Kadar pinjaman juga berada pada tahap yang sangat rendah, mungkin sekitar 3.5 peratus sekarang.

Dalam perkara yang sama, BERNAMA melaporkan bahawa Chze How ketika mengulas mengenai kemajuan vaksinasi memberitahu negara sekarang sedang mempercepatkan program itu dan ini dapat melalui dilihat peningkatan proses vaksinasi di seluruh negara berikutan aliran bekalan vaksin yang stabil.

“Penjadualan vaksin kelihatan agak baik pada Julai dan kita sedang memasuki Ogos serta September. Jadi jangkaannya, sebelum akhir tahun ini iaitu pada suku keempat, kita berada dalam keadaan yang sangat baik daripada segi vaksinasi.

“Dengan unjuran ini beserta liputan dosis pertama dan kedua ke atas lebih banyak orang termasuk pemulihan dan pembukaan semula perniagaan, ada cahaya di hujung terowong,” tambahnya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close