MalaysiaPilihan Editor

Beri Kontrak Kepada Syarikat Isteri, Penjawat Awam Ditahan

Penjawat awam ditahan selepas dipercayai salah guna kedudukan melantik syarikat isterinya bagi mendapatkan kontrak pembekalan dan perkhidmatan di jabatannya membabitkan jumlah RM540,517.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 49 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.55 malam tadi ketika hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.

“SPRM menahan seorang penjawat awam kerana disyaki menyalahguna kedudukannya dengan melantik syarikat milik isterinya bagi mendapatkan kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan di jabatannya.

“Berdasarkan siasatan, sebanyak empat syarikat milik isterinya mendapat kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan yang keseluruhannya berjumlah lebih kurang RM540,517.85,” katanya.

“Suspek dibenarkan reman selama tujuh hari sehingga 26 Februari depan dan ditempatkan di lokap SPRM Negeri Sembilan. Suspek tidak diwakili peguam.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close