Malaysia mencatat nilai eksport minyak sawit berjumlah RM40.51 bilion bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023 dengan kuantiti eksport sebanyak 9.66 juta tan, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Menurut KPK, India menjadi pengimport utama minyak sawit Malaysia dengan nilai dan kuantiti masing-masing berjumlah RM7.08 bilion dan 1.81 juta tan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023.
KPK menjawab pertanyaan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) yang ingin tahu secara lengkap jumlah eksport minyak sawit Malaysia mengikut negara berdasarkan nilai ringgit dan jumlah tan.
“Peraturan EUDR ini akan menyekat perdagangan bebas secara adil serta boleh mengakibatkan kesan buruk ke atas rantaian bekalan global.
“Malaysia dan Indonesia selaku pengeluar utama minyak sawit dunia sedang giat mengadakan libat urus dan perbincangan bersama barisan pemimpin tertinggi EU untuk menjelaskan implikasi negatif peraturan tersebut dari sudut ekonomi,” katanya. — BERNAMA