Dimensi BisnesEkonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Hospital Islam Az-Zahrah Rancang Buka Cawangan Baharu

Hospital Islam Az-Zahrah merancang membuka 12 cawangan baharu hospital milik syarikatnya di seluruh negara menjelang 2035.

Timbalan Pengurus Besarnya, Ali Karimi Abdul Rahman, berkata itu dalam tempoh lima tahun ini, pihaknya akan membuka sekurang-kurangnya lima cawangan.

Katanya, ketika ini, cawangan kedua hospital berkonsep Hospital Mesra Ibadah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras itu, kini sudah 80 peratus siap dan dijangka dibuka tahun ini.

Satu unit khas turut ditubuhkan bagi melatih bakat muda dan bakat baharu dalam usaha melebarkan perkhidmatan hospital berkenaan.

“Malah, kami akan terus kekal menawarkan kos rawatan yang berpatutan kepada pesakit iaitu kira-kira 30 peratus lebih murah berbanding hospital swasta lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis sambutan Ulang Tahun Ke-25 hospital berkenaan, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ali Karimi berkata, pemilihan Cheras itu berikutan hasil kajian yang dilakukan, kawasan itu masih memerlukan hospital walaupun sudah ada hospital swasta di situ.

Malah katanya, hospital sedia ada di situ juga semakin padat berikutan penambahan penduduk yang semakin meningkat.

“Jadi dengan adanya di Cheras nanti, ia akan memberikan lebih pilihan kepada penduduk tanpa mengira bangsa dan agama.

“Malah ketika ini, terdapat kira-kira 20 peratus pesakit terdiri daripada mereka yang bukan Islam,” katanya.

Katanya, selepas ini lokasi cawangan hospital itu adalah di Ayer Keroh, Melaka; Shah Alam, Selangor, Alor Setar, Kedah dan Kuantan, Pahang.

Ketika ini, pihaknya menyediakan perkhidmatan perbidanan, sakit puan, pesakit luar dan perkhidmatan multidisiplin dengan harga berpatutan dan kompetitif bagi khidmat hospital swasta. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close