Malaysia

Farm Fresh Beli 53 Peratus Saham Inside Scoop

Farm Fresh Bhd (FFB) memeterai perjanjian pembelian saham dengan vendor The Inside Scoop Sdn Bhd (TISSB) untuk cadangan pengambilalihan 462,739 saham biasa tersedia dalam TISSB.

FFB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, pengambilalihan itu mewakili 53 peratus daripada saham terbitan diperbesarkan dalam TISSB yang membabitkan pertimbangan pembelian keseluruhan lebih kurang RM68.4 juta, tertakluk kepada pelarasan.

FFB juga memeterai perjanjian langganan saham (SSA) dengan TISSB bagi cadangan langganan 104,771 saham baharu TISSB, mewakili 12 peratus daripada saham terbitan diperbesarkan dalam TISSB dengan jumlah pertimbangan langganan sebanyak RM15.5 juta berdasarkan terma dan syarat perjanjian.

Selepas cadangan itu dimuktamadkan, TISSB akan menjadi anak syarikat 65 peratus milik FFB manakala baki 35 kepentingan ekuiti dalam TISSB akan dipegang oleh Edmund Tan, salah satu vendor.
Cadangan itu akan membuka jalan bagi kemasukan serta pemilikan kumpulan dalam salah satu syarikat aiskrim istimewa yang paling pesat berkembang dan rangkaian aiskrim buatan sendiri yang terbesar di Malaysia.

Sementara itu, dalam makluman berasingan, FFB mengumpul jumlah hasil kasar kira-kira RM300.1 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) yang dilancarkan pada 28 Februari 2022.

Hasil kasar itu akan digunakan untuk perbelanjaan modal, modal kerja dan anggaran perbelanjaan penyenaraian.

“FFB berhasrat bagi memanfaatkan kecekapan serta pengalaman pengasas TISSB yang akan menerajui bahagian aiskrim FFB dalam penerokaan kami ke pasaran aiskrim yang menguntungkan,” katanya. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close