Duniaku TeknokratPilihan Editor

Ikon Hartanah Australia Kelahiran Malaysia Lancar Tender Global

Springfield City Group (SCG), yang diasaskan oleh ikon hartanah Australia kelahiran Malaysia, Maha Sinnathamby, melancarkan usaha strategik global untuk mempercepat penyiapan Springfield CDB (daerah pusat perniagaan).

Ia dijangka menarik minat pemaju utama Australia dan firma pembangunan terbesar dunia.

Menurut SCG yang juga pemaju Greater Springfield, bandar induk terancang dan pertama di Australia selepas Canberra, pembangunan itu yang dikenali sebagai ‘Knowledge Precint’ dijangka memiliki nilai masa depan lebih A$15 bilion.

Menerusi kenyataan kepada Bernama, SCG menjelaskan Precint itu menempatkan ruang komersial seluas 1.22 juta meter persegi dan 5,340 pangsapuri di sekitar kawasan tonggak utama kejayaan ekonomi masa depan di Springfield iaitu kesihatan, pendidikan dan teknologi.

“Inisiatif ini akan memesatkan lagi pembangunan Springfield CDB. Projek ini memberi peluang kepada pihak-pihak untuk menyertai kami dalam mewujudkan legasi.

“Penyiapan bandar futuristik ini akan memberi kesan positif ke atas pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan di tenggara Queensland,” kata Sinnathamby yang dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan dan kini disenaraikan sebagai antara orang terkaya di Australia.

Berkongsi sempadan dengan Brisbane, Springfield, yang kini didiami 46,000 penduduk, berada di landasan yang tepat untuk menjadi daerah pusat perniagaan kedua Brisbane, dengan lebih A$18 bilion dilaburkan setakat ini ke dalam projek berkenaan manakala nilai akhir mencecah A$88 bilion apabila selesai.

Menurut kenyataan itu SCG Springfield dijangka mengalami pertumbuhan pesat dalam tempoh 15 tahun akan datang dengan jumlah penduduk meningkat tiga kali ganda kepada 115,000 orang pada 2036.

Berlandaskan rekod prestasi selama 29 tahun, SCG yang memenangi anugerah juga mendapat sokongan perundangan sebulat suara daripada Parlimen Queensland manakala Springfield, yang diiktiraf sebagai projek unik pada skala dunia, akan menjadi antara bandar paling pesat berkembang di Australia.

“SCG akan memulakan perbincangan awal dengan pihak yang berminat dalam beberapa minggu akan datang. Hasil dan rakan kongsi pilihan akan diumumkan dalam beberapa bulan selepas itu,” jelasnya.

Sementara itu, Sinnathamby memberitahu Bernama melalui telefon dari Queensland bahawa minat terhadap pelaburan dalam pembangunan itu dijangka hadir terutama dari Singapura dan Hong Kong. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close