Duniaku Teknokrat

Fauzy Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL

Ketua Pegawai Operasi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Fauzy Wahab, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL mulai 1 Mei 2025 lalu.

WTCKL dalam kenyataan berkata, Fauzy mula berkhidmat di WTCKL sejak 2019 dan beliau memainkan peranan penting dalam mengemudi pusat itu melalui pelbagai cabaran termasuk ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, ketika itu, WTCKL turut menjadi pusat vaksinasi mega ketika negara dalam usaha pemulihan daripada COVID-19.

“Beliau juga terbabit dalam transformasi dan penjenamaan semula Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kepada entiti WTCKL pada 2018,” katanya.

Beliau berkata, WTCKL bukan sekadar hab pameran dan acara perniagaan, tetapi menjadi destinasi utama bagi acara gaya hidup seperti konsert, festival jualan raya, sesi ramah mesra bersama bintang antarabangsa termasuk atlet, serta pelbagai acara sosial dan korporat lain.

“Pusat konvensyen WTCKL kini lebih bersifat diversiti dalam rangkuman acara yang diadakan.

“Walaupun kami amat berbangga dengan status ikonik dimiliki, WTCKL perlu terus berusaha untuk berdaya saing khususnya dalam menyediakan nilai tambah bagi perkembangan perniagaan yang lebih pesat,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close