Duniaku TeknokratPilihan Editor

Khairul Anwar Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Media Prima

Media Prima Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Khairul Anwar Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks berkuat kuasa 1 Ogos, 2020.

Beliau akan melapor kepada Datuk Iskandar Mizal Mahmood, pengarah urusan kumpulan Media Prima.

Khairul memilki pengalaman lebih 25 tahun dalam industri media dan hiburan dan terlibat dalam bahagian seni, televisyen dan produksi pentas hinggalah kepada pengurusan kandungan dalam persekitaran keusahawanan dan korporat, kata syarikat itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Jawatan terkini beliau adalah sebagai naib presiden perniagaan kandungan Melayu dan Nusantara Astro Malaysia Holdings Bhd dari Mac 2010.

Antara lainnya, Khairul berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa eksekutif Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan.

Beliau memiliki Ijazah Seni Halus (Arca) daripada Curtin University of Technology, Western Australia pada 1992 dan Diploma Lukisan daripada La Salle College of Arts pada 1989.

Harian Metro turut melaporkan sorotan kerjayanya termasuk membentuk semula industri hiburan dengan rancangan istimewa seperti Maharaja Lawak dan Gegar Vaganza dan beberapa filem pecah panggung iaitu Hantu Kak Limah, Paskal serta Polis Evo 2.

Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat domestik dan antarabangsa termasuk ‘Malaysian Book of Records for Longest Non-Stop Live Comedy Show 2014’, Anugerah Seri Angkasa 2005 untuk ‘Program Komedi Terbaik’ Ada-Ada Saja dan finalis di New York Festivals 2001 untuk Anugerah Planet Music 2000.

Selain itu, beliau juga memenangi ‘Drama atau Telemovie Single Terbaik’ di Asian TV Awards bagi Tulus Ikhlas pada 2016 dan Ana Anak Ibu (Sangat Dipuji) pada 2017. — BERNAMA/HARIAN METRO

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close