Dimensi Bisnes

Focus Dynamics Ambil Alih 12.19 Peratus Saham Brahims

Focus Dynamics Group Bhd mengambilalih 12.19 peratus kepentingan dalam Brahims Holdings Bhd, selaras dengan strateginya untuk meningkatkan aset dalam perniagaan makanan dan minuman (F&B).

Focus Dynamics dalam satu kenyataan, berkata pengambilalihan kepentingan dalam dapur pusat terbesar di Malaysia itu akan memperbaharui model perniagaan tradisional syarikat dengan menyuntik elemen teknologi digital dan konsep moden.

“Ia digabungkan lagi dengan rancangan komprehensif kami untuk memperbaharui semula perkhidmatan F&B kepada persekitaran lebih digital dan moden,” menurut kenyataan itu.

Brahims adalah peneraju perkhidmatan penyediaan makanan dalam penerbangan terkemuka dengan perniagaannya merangkumi pelbagai bidang termasuk perkhidmatan logistik, penyimpanan, katering dan restoran.

Dapur pusat Brahims yang turut diiktiraf sebagai pusat halal terbesar dunia menyediakan sehingga 60,000 juadah sehari.

Pengarah Eksekutif Focus Dynamics, Benson Tay Ben Seng berkata, dengan rancangan untuk mendigitalkan dapur, rangkaian e-dapur dan cawangan utamanya, pengambilalihan itu menjadi langkah penting untuk mewujudkan platform operasi kukuh bagi memenuhi rancangan pengembangan serta pertumbuhan syarikat.

“Dengan akses kerjasama untuk dapur pusat bersaiz besar, boleh dipercayai dan terbukti, rangkaian logistik lengkap, konsep moden dan dapat meningkatkan pengalaman pengguna ke arah penggunaan teknologi, ia menjadi nadi apa yang dilaksanakan kami.

“Platform ini membolehkan syarikat memacu rancangan kami untuk membangunkan rangkaian lengkap dengan menawarkan perkhidmatan dapur komersial kepada pelanggan korporat, rakan niaga sedia ada serta perkhidmatan dapur awan termasuk portfolio cawangan hiburan dan restoran kami,” katanya.

Ben Seng berkata, hubungan dengan Brahims membolehkan ia meneroka rangkaian perdagangan antarabangsa menerusi syarikat penerbangan dan penyediaan makanan dalam pesawat.

“Dengan memiliki akses kepada dapur pusat terbesar di Kuala Lumpur dan rangkaian pelanggan sedia ada yang kukuh, ia membolehkan kami mengubah beberapa konsep untuk menjadi operasi lebih berdaya maju lebih pantas berbanding kaedah konvensional,” katanya. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close