Kedai RuncitPilihan Editor

Grab Merakyatkan Ekonomi

“Saya berkahwin ketika berumur 16 tahun, dan tak pernah bekerja.

“Kakak ipar saya memiliki perniagaan menjual sayur-sayuran, tetapi penglibatannya dalam politik telah mengambil banyak masanya.

“Jadi selepas membantunya beberapa tahun, dia memberi peluang kepada saya untuk mengambil alih perniagaan.

Masa mula-mula, saya sendiri pun tak berapa pasti.

“Saya cuma seorang suri rumah saja dan tak tahu apa-apa pun tentang perniagaan atau cara-cara bercakap dengan orang.

“Tetapi suami saya memberi galakan supaya saya mencuba, dan melihat sama ada saya ada bakat atau tidak.

“Jadi saya pun berdoa dan meminta kalau-kalau inilah rezeki yang saya dapat ambil alih dengan mudah.

“Dan saya buat juga!

“Saya tahu inilah peluang saya kerana menyewa gerai di Pasar Bayan Baru bukanlah mudah.

“Pasarnya sibuk dan sewanya pula mahal.

“Cabarannya adalah jumlah jualan yang kami perlukan untuk menampung semuanya.

“Tetapi saya teruskan juga.

“Lama-kelamaan, saya berjaya mempelajari selok-beloknya dan yang lebih penting adalah mengenali siapakah pelanggan saya.

“Itulah yang sangat penting supaya saya dapat memberikan perkhidmatan yang mereka mahukan walaupun tanpa mereka minta.

“Menjalankan perniagaan secara jujur dan bermurah hati juga sangat penting.

“Ini bermakna saya harus mengamalkan falsafah saya: ‘timbang, jangan tipu’, dan memberikan diskaun serta buah tangan bilamana yang boleh.

“Kadang-kadang usaha sekecil ini pun dapat mengukir senyuman di wajah seseorang,” kata Zalilah.

Peniaga-peniaga yang lain di pasar memanggil beliau dengan panggilan manja ‘Cikgu’.

Kerana mereka melihat cara Cikgu melakukan sesuatu dan banyak mempelajarinya daripada dia.

Alasan mereka, “Sebab you pandai business!”

“Pujian ‘rakan-rakan sekerja’ ini membuat saya berasa bahawa saya melakukan kerja dengan baik.

Semasa PKP pertama, saya mengambil keputusan untuk terus menjual kerana saya tahu ada orang yang memerlukan sayur-sayuran tetapi sukar untuk mendapatkannya.

“Jadi, kami meneruskan perniagaan macam biasa, dan sudah tentulah dengan mengikuti semua garis panduan keselamatan.

“Apabila saya membawa perniagaan saya menyertai Grab, saya perlu membiasakan diri menggunakan aplikasi, tetapi nasib baik anak saya banyak membantu.

“Sudah tentu ada keraguan sama ada kami masih dapat membuat keuntungan atau tidak, tetapi setelah kami berjaya menstabilkan keadaan dan mempelajari cara-cara menyeimbangkan stok dengan pesanan yang kami terima, prestasi perniagaan kami pun mula meningkat.

“Perniagaan kami masih lagi melalui fasa pemulihan, dan kami turut menaruh harapan terhadap teknologi dalam membantu kami.

Tetapi apa yang paling penting adalah sentiasa yakin dan percaya bahawa anda boleh melakukan apa saja yang anda fikirkan dan usahakan.” ujar Zalilah lagi.

Bantulah perniagaan kecil berkembang maju.

Pesan dari peniaga tempatan seperti Gerai Sayur Zalilah, Illahzy Enterprise di Pasar Bayan Baru, Pulau Pinang, di GrabMart. – GRAB NEWS

#TechUntukSemua

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close