Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Volvo Kukuhkan Portfolio Kereta Elektrik Dengan Pelancaran Volvo C40 Recharge Pure Electric

Memperkenalkan SUV elektrik-sahaja pertama dan kenderaan Recharge Pure Electric kedua, Volvo C40 Recharge Pure Electric

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Volvo Car Malaysia menandakan babak seterusnya dalam perjalanan elektrifikasi syarikat tersebut dengan pelancaran SUV elektrik sahaja yang pertama, Volvo C40 Recharge Pure Electric.

Pengeluar kereta mewah tersebut berhasrat untuk melihat kenderaan elektrik yang dipasang sepenuhnya di Malaysia itu mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kereta mewah elektrik terkemuka di negara ini.

Berucap di majlis pelancaran Volvo C40 Recharge Pure Electric, Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia membuat beberapa pengumuman penting untuk menggariskan komitmen syarikat tersebut terhadap elektrifikasi:  

  • Volvo Car Malaysia komited terhadap cita-cita mampannya, dan dalam rangka untuk menjadi syarikat kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030, dan merancang untuk 75% daripada hasil penjualannya datang daripada rangkaian Recharge Pure Electric menjelang tahun 2025;
  • Volvo C40 Recharge Pure Electric merupakan kenderaan elektrik mewah kedua yang dipasang di Malaysia;
  • Pengenalan platform ‘Online Sales’ akan membolehkan pelanggan membuat pembelian dengan Volvo Car Malaysia dan membuat pembayaran dalam talian dengan selamat.
  • Syarikat tersebut berhasrat untuk menyertai gelombang pesat pendigitalan dan kecenderungan para pengguna mewah untuk membeli belah secara dalam talian di Malaysia. 

Pelancaran Volvo C40 Recharge Pure Electric ini muncul setelah kejayaan pelancaran kereta elektrik sepenuhnya pertama oleh syarikat tersebut di Malaysia tempoh hari – Volvo XC40 Recharge Pure Electric.

Ia merupakan kejayaan yang mengagumkan, dan syarikat tersebut masih memenuhi penghantaran kereta kepada pelanggan dengan jumlah pesanan yang sihat sehingga tahun 2023.

SUV tersebut direka untuk pelanggan yang mahukan rekaan yang bergaya, elektrik, serta berteknologi tercanggih. Ia dilengkapi dengan rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya yang menghasilkan output sebanyak 408 kuasa kuda (hp) dan tork 660Nm, membolehkan ia memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa 4.7 saat*. Ia juga mampu bergerak sejauh 450km* dengan sekali cas, dan turut menampilkan keupayaan mengecas sehingga 80% dalam masa 28 minit**.

The C40 Recharge Pure Electric ini ditawarkan pada harga atas jalan RM288,888*** dan tampil sebagai sebahagian daripada pakej tanpa kerumitan syarikat tersebut yang merangkumi:

  • waranti kenderaan selama 5 tahun
  • waranti bateri HV selama 8 tahun atau 160,00km (mana yang terdahulu)
  • bantuan tepi jalan selama 5 tahun
  • bantuan Volvo Service Included (VSI) selama 5 tahun atau 100,000km (mana yang terdahulu)
  • bantuan khidmat digital selama 4 tahun 
  • kabel pengecas kereta

Tersedia dalam lima warna – Crystal White, Black Stone, Silver Dawn, Sage Green dan warna terbaru Fjord Blue – Volvo C40 Recharge Pure Electric boleh mula ditempah bermula 14 Disember ini daripada 8 malam dan pelanggan boleh mengunjungi semua pengedar sah Volvo di Malaysia untuk melihat sendiri kenderaan tersebut mulai 15 Disember 2022.

Volvo C40 Recharge Pure Electric SUV

Volvo C40 Recharge Pure Electric membawa Volvo Car Malaysia selangkah lebih dekat ke arah visi globalnya untuk menghasilkan rangkaian kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030 serta menjadi syarikat neutral iklim menjelang tahun 2040.

Volvo Cars baru-baru ini mengumumkan penyertaannya dalam ‘Accelerating to Zero Coalition’, sebuah usaha untuk menambah baik peralihan kepada mobiliti pelepasan sifar yang dilancarkan di Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP27) di Sharm El Sheikh, Mesir.

Volvo Cars juga merupakan pembuat kereta pertama yang menyertai inisiatif SteelZero yang bertujuan untuk mempercepat peralihan kepada neutraliti karbon dalam industri keluli global dengan meningkatkan permintaan untuk keluli bebas fosil.

Usaha-usaha ini mencerminkan cita-cita globalnya untuk mencapai kemampanan dan Volvo Cars berhasrat untuk mempengaruhi kadar peralihan industri automotif kepada elektrifikasi penuh.

“Warisan keselamatan dan kemampanan kami ditingkatkan oleh pencapaian elektrifikasi kami setakat ini, terutamanya di Malaysia di mana kami telah menggalakkan ramai untuk beralih kepada pengalaman pemanduan yang lebih mampan.

Hari ini, kami bawakan Volvo C40 Recharge Pure Electric, yang merupakan lambang usaha dan kepercayaan kami  – 100% elektrik dengan sifar pelepasan paip. Ia merupakan kenderaan elektrik sebenar, direka untuk memberikan pengalaman mobiliti mampan serba baharu,” kata Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

Volvo Car Malaysia juga mencatat sejarah dengan pengenalan platform ‘Online Sales’ – inisiatif syarikat tersebut buat pertama kalinya untuk menjual keretanya secara terus kepada para pelanggan di Malaysia.

Volvo C40 Recharge Pure Electric akan tersedia melalui platform e-dagang tersebut yang akan membolehkan para pelanggan membuat tempahan dan bayaran secara terus kepada Volvo Car Malaysia melalui laman web rasmi syarikat tersebut iaitu www.volvocars.com/my, bermula 8 malam hari ini (14 Disember 2022).

Platform ‘Online Sales’ tersebut juga akan memainkan peranan penting dalam membantu para peniaga syarikat tersebut dari seluruh negara dalam memberikan pengalaman mewah Sweden yang luar biasa kepada semua pelanggan.

“Perjalanan pelanggan kami dalam memiliki sebuah Volvo akan menjadi lancar bermula dari sekarang, seiring dengan inisiatif kami untuk memperkenalkan harga selaras tanpa kerumitan. Bersama-sama dengan para pengedar sah kami, platform ‘Online Sales’ tersebut akan meningkatkan lagi pengalaman membeli setiap pelanggan,” ujar Frump. 

Para pembeli yang berminat boleh membuat tempahan untuk pandu uji melalui laman web Volvo Car Malaysia atau dengan menghubungi mana-mana pengedar sah Volvo untuk merasai sendiri pengalaman memandu C40 Recharge Pure Electric.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di laman Facebook https://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di https://bit.ly/VolvoMY-IG.  – BACALAHMALAYSIA.MY

 

* Jumlah jarak adalah mengikut Worldwide Harmonized Light Vehicles Test Procedure (“WLTP”) yang didapati menerusi ujian makmal. Jumlah jarak dalam dunia sebenar mungkin berbeza daripada angka yang dinyatakan. 

**Masa pengecasan bergantung kepada faktor seperti suhu luar, suhu bateri semasa, peralatan pengecasan, keadaan bateri dan keadaan kereta.

***Harga di Semenanjung Malaysia, dengan pengecualian cukai jualan.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close