Kedai RuncitPilihan Editor

MR DIY Dinobat Antara Syarikat Terbaik Malaysia

MR DIY Group (M) Bhd diiktiraf sebagai satu daripada empat penerima Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia oleh Deloitte Private, kumpulan pakar antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan nasihat kepada syarikat swasta, perniagaan keluarga dan individu.

Dalam satu kenyataan, ia berkata anugerah itu mengiktiraf syarikat persendirian tempatan utama dengan pendapatan tahunan melebihi AS$25 juta di atas kecemerlangan organisasi selain sumbangan dalam industri masing-masing dan ekonomi.

Anugerah sulung itu adalah sebahagian daripada pengiktirafan Syarikat Pengurusan Terbaik global Deloitte.

Ia menggunakan proses penilaian terbukti untuk memperincikan kualiti pengurusan sesebuah perniagaan dalam bidang termasuk strategi, keupayaan dan inovasi, budaya dan komitmen selain tadbir urus dan kewangan. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close