GovernansPilihan Editor

PM Mahu Pelaksanaan PPN Selamat, Inklusif

Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini membincangkan pelbagai aspek dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara terperinci berdasarkan data dan pandangan pakar kesihatan serta ekonomi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, syor dari mesyuarat itu diharapkan dapat membantu kerajaan melaksanakan PPN dengan lancar dan selamat.

“Mesyuarat MPN membincangkan dengan terperinci dan mengambil kira pelbagai data serta pandangan pakar kesihatan dan ekonomi.

“Ia merangkumi kadar vaksinasi, status vaksinasi individu, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) dan keperluan untuk sektor perniagaan, terutamanya perusahaan kecil sederhana (PKS), dibuka semula dengan SOP yang ketat.

Mesyuarat kedua MPN itu dianggotai pakar sektor kesihatan, ekonomi dan sosial termasuk bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; pakar penyakit berjangkit negara, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dan bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close