Dimensi Bisnes

GDEX Ceburi Perniagaan IT Dalam Usaha Pulihkan Kerugian

GDEX Bhd bercadang untuk mempelbagaikan aktiviti utamanya yang sedia ada dengan perkhidmatan dan penyelesaian teknologi maklumat (IT).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata ia bergantung terutamanya pada perniagaan teras penghantaran ekspres, yang secara konsisten menyumbang lebih 85 peratus daripada jumlah pendapatan untuk tiga tahun sehingga tahun kewangan 2023.

“Kedudukan kumpulan yang rugi baru-baru ini disebabkan terutamanya oleh perniagaan penghantaran ekspres terjejas oleh persaingan tinggi daripada syarikat kurier asing,” katanya.

Dalam usaha untuk memulihkan perniagaan, syarikat itu berkata ia telah melancarkan pelan transformasi GDEX 2.0 pada 2022.

“Matlamatnya adalah untuk memanfaatkan teknologi bagi menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan mengembangkan penawaran perkhidmatan dalam sektor IT kepada rangkaian pelanggan yang lebih luas, daripada syarikat bersaiz kecil kepada syarikat multinasional besar,” katanya.

Buat permulaan, GDEX berkata ia telah membeli pegangan ekuiti dalam tiga syarikat IT pada 2022 iaitu Web Bytes Sdn Bhd, Sweetmag Solutions (M) Sdn Bhd dan Anon Security Sdn Bhd, di mana ia masing-masing memiliki 38 peratus, 51 peratus dan 60 peratus kepentingan.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close