Dimensi BisnesPilihan Editor

Grab Malaysia Lancar ‘Grab Lejen’; Raikan Rakan Pemandu dan Penghantar Grab yang Merubah Komuniti

Kerjasama dengan kartunis terkemuka negara, Ujang, mencipta komik yang diilhamkkan daripada kisah-kisah terbaik pemandu serta rakan penghantar Grab sepanjang tahun ini

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Grab Malaysia memperkenal inisiatif sulung Grab Lejen yang julung kalinya diadakan bagi meraikan rakan-rakan pemandu dan penghantar yang selama ini menjadi gagasan mantap dalam memastikan kesejahteraan masyarakat.

Sepanjang tahun yang mencabar ini, rakan komuniti Grab telah berhempas pulas menghulur khidmat bakti dengan cemerlang lagi berdedikasi tinggi sebagai petugas barisan hadapan yang memanfaati warga Malaysia.

Oleh itu, inisiatif ini bertujuan memperakui kisah perjuangan di samping memperkasa punca pencarian mereka dengan pelbagai manfaat tambahan.   

Pengarah Operasi, Grab Malaysia, Rashid Shukor, berkata “Rakan-rakan pemandu dan penghantar  kita telah membuktikan, walaupun tahun ini cukup getir, semua cabaran dan dugaan yang dihadapi dapat diatasi berkat kerjasama sebagai satu bangsa dan negara dengan sentuhan keprihatinan.

   

“Kami berharap inisiatif tahunan ini menjadi wadah untuk kami meneruskan usaha mengiktiraf jasa baik rakan Grab di atas khidmat serta keprihatinan mereka membantu warga Malaysia.

“Kami juga berura untuk mempertingkatkan sokongan supaya dapat memenuhi pelbagai keperluan rakan-rakan Grab kami.”

Mempamer kisah Grab Lejen

Sebagai memulakan kempen Grab Lejen, Grab dengan bangga memperkenal filem jenama Grab, yang menayangkan kompilasi kisah-kisah hebat sepanjang tahun ini: GRAB LEJEN LAHIR DARI KESUNGGUHAN Grab Lejen adalah kempen penghargaan tahunan yang dijalankan selama sebulan, yang menggamit pembabitan orang ramai mengiktiraf dan menghargai warga komuniti rakan Grab.

Sepanjang tahun ini, kita telah menyaksi dan mendengar kisah hebat komuniti rakan Grab bertindak menghulur bantuan dengan penuh rasa prihatin.

Lantaran itu, kami ingin memaparkan kisah legenda mereka yang telah menabur bakti kepada pihak yang memerlukan.

Grab juga telah menjalin kerjasama dengan kartunis terulung negara, Ujang, yang mencipta siri komik berilhamkan kisah-kisah benar yang terbaik dikongsi secara meluas di kalangan warga Malaysia mengenai rakan pemandu dan penghantar yang telah menabur bakti melampaui tugasan masing-masing.

Penceritaan komik ini akan dibawa langsung menerusi acara livestream mingguan sepanjang bulan dan turut memapar rakan pemandu dan penghantar yang menerima ganjaran eksklusif daripada Grab sebagai tanda penghargaan. 

Berikut adalah dua komik dan kisah yang menerima pengiktirafan Grab Lejen baru-baru ini, yang disiarkan menerusi acara livestream melibatkan rakan  pemandu dan penghantar: 


Ganjaran eksklusif Mantap GrabBenefits
Pelancaran Grab Lejen adalah sebahagian daripada komitmen menyeluruh Grab yang meraikan komuniti rakan-rakan pemandu dan penghantarnya bersempena dengan Festival Rakan Grab.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kisah hebat rakan Grab ini dan inisiatif Grab Lejen, sila kunjungi: GRAB LEJEN

Sebagai tambahan kepada inisiatif penghargaan kepada rakan Grab yang telah menunjukkan teladan khidmat terbaik, Grab turut memberi ganjaran kepada semua rakan pemandu dan penghantar dengan menawarkan ganjaran eksklusif dan relevan – GrabBenefits bersempena dengan perayaan sepanjang sebulan tersebut.

Kesemua manfaat tersebut telah dipilih berdasarkan respon daripada rakan pemandu dan penghantar mengenai perkara yang dapat memenuhi keperluan mereka termasuk rebat petrol, senggara kenderaan dan liputan penjagaan kesihatan..

Ada beberapa tawaran istimewa yang termasuk bonus petrol, diskaun untuk bateri kereta dan telefon pintar serta produk pembersihan dan kebersihan serta banyak lagi.

Selain itu Grab juga akan menjemput para pemandu dan penghantar untuk menyertai acara-acara livestream untuk mendidik rakan-rakan Grab cara terbaik untuk memanfaatkan ganjaran GrabBenefits. 

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai tawaran penjimatan kos eksklusif daripada Mantap GrabBenefits, sila kunjungi FESTIVAL RAKAN GRAB

GrabBenefits adalah program yang memperkasa kehidupan rakan pemandu dan penghantar iaitu tawaran manfaat, diskaun, dan program kesetiaan yang memboleh peserta memaksimum pendapatan dan berjimat perbelanjaan harian serta menyediakan perlindungan ketika bertugas. Program ini mengandungi 3 kategori utama:

  • Perlindungan 

Membantu rakan-rakan Grab melindungi kebajikan mereka.

Tahun ini menandakan ulang tahun ketiga GrabInsure dalam menyediakan perlindungan insurans berkaitan pekerjaan kepada rakan-rakan Grab untuk melindungi rakan pemandu Grab dan penumpang dalam setiap perjalanan.

Ini adalah termasuk Grab’s Group Personal Accident yang memberi perlindungan terhadap semua insiden pada waktu kerja dan Insurans GrabBenefits 24/7 yang dipertingkatkan dalam memberi perlindungan terhadap insiden di luar pekerjaan kepada rakan-rakan penghantar.

Grab juga telah memperkenal kan Insurans E-hailing Harian Grab sebagai alternatif kemampuan mudah milik kepada insurans e-hailing tahunan.

Selain itu, GrabBenefits juga boleh membolehkan rakan kongsi membuat caruman dengan mudah ke dalam PERKESO dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Grab juga baru-baru ini menjalin kerjasama dengan KWSP untuk menggalakkan komuniti rakan Grab untuk mencarum pendapatan melalui program i-saraan KWSP.

Selain itu rakan kongsi Grab yang layak juga akan menerima insentif yang ditawarkan oleh Grab dalam bentuk caruman tambahan sehingga 10%

  • Simpanan 

Membantu rakan-rakan Grab menjimatkan kos untuk barangan keperluan penting bagi  mengurangkan kos operasi mereka.

Ini termasuk rebat untuk petrol dan penyelenggaraan kenderaan melalui panel rakan kongsi Grab di seluruh negara, dan juga menyediakan tempat berehat melalui beberapa Hentian Grab Pit Stop. Selain itu, Grab juga menyediakan akses mudah untuk sumbangan Zakat.

  • Akademi

Menyediakan  kursus peningkatan kemahiran kepada rakan-rakan Grab di GrabAcademy melalui program latihan dan pembangunan yang bertujuan untuk memperkasakan rakan-rakan pemandu dan penghantar dengan pelbagai kemahiran.

Contohnya, Kemahiran Celik Digital, dengan kerjasama Microsoft, dan program Celik Kewangan untuk menambah ilmu rakan-rakan Grab dengan kemahiran dan pengetahuan digital dan kewangan.

“Sebagai pengupaya teknologi tempatan, kami ingin memastikan selain menyedia warga negara ini mendapat akses mudah menyara kehidupan, kami juga menyedia inisiatif yang memelihara kebajikan – meliputi penjimatan dan perlindungan di atas jalanraya menerusi insurans sehingga kepada kehidupan berkualiti dan daya tahan kewangan.

Pelancaran Grab Lejen dan penambahbaikan platform GrabBenefits adalah komitmen kami untuk membalas jasa komuniti rakan pemandu dan penghantar dengan memenuhi keperluan dan memberi penghargaan kepada mereka,” jelas Rashid. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close