GovernansPilihan Editor

Grab, Antara Wakil Industri & Pelbagai Penyedia Platform Digital Dalam Sesi Libat Urus Bersama Menteri Kewangan

Pertemuan bagi penyediaan Bajet2022

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“Krisis COVID-19 telah membuka peluang kepada kita untuk meningkatkan usaha pendigitalan di Malaysia, terutamanya untuk rakyat dan peniaga kecil,” kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Katanya, walaupun usaha pendigitalan telah meningkat, masih banyak ruang untuk penambahbaikan terutamanya di luar bandar.

“Hari ini saya telah mengadakan sesi libat urus bersama MDEC serta wakil-wakil industri dan pelbagai penyedia platform digital seperti Microsoft, Grab, Shopee dan Dell Technologies untuk #Bajet2022,” katanya dalam Facebook rasminya.

Dalam meningkatkan pendigitalan di Malaysia, Kerajaan telah menyediakan pelbagai peruntukan, antaranya RM300 juta di bawah program eBelia untuk menggalakkan penggunan eDompet dalam kalangan belia.

Selain itu, RM150 juta di bawah Program Shop Malaysia Online, sebuah kempen yang memberikan insentif kepada peniaga tempatan dalam bentuk diskaun dan baucar untuk merancakkan urusan jual beli dalam talian; serta RM150 juta di bawah kempen e-Dagang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan PKS Mikro untuk membolehkan mereka mengembangkan perniagaan secara dalam talian menerusi kursus dan latihan.

Menurut Tengku Zafrul, Kerajaan juga telah memperkenalkan geran pendigitalan SME bernilai RM300 juta untuk Platform JanaNiaga. ⠀⠀
⠀⠀
“Saya berharap, #KeluargaMalaysia akan mengambil peluang ini untuk beralih ke platform digital yang pastinya lebih selamat dan mudah.

“InsyaAllah, Kerajaan akan memastikan usaha pendigitalan berjalan lancar dan berterusan,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY/PIX FB TENGKU ZAFRUL

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close