Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan selesa apabila berjaya memperoleh kejayaan majoriti dua pertiga, selepas keputusan penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, diumumkan tengah malam ini.
Perkongsian sama turut menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menang 11 kerusi DUN, diikuti Perikatan Nasional (PN) 3; manakala PKR dan MUDA masing-masing satu kerusi.
Perkembangan itu dikongsikan dalam entri di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat jam 12.09 tengah malam ini.
Perkongsian sama turut menyaksikan seramai 2,597,742 pemilih berdaftar yang mengambil bahagian dalam PRN Johor dengan golongan berusia 21 hingga 29 tahun adalah kumpulan teramai keluar menunaikan tanggungjawab mereka.
PRN Johor perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Johor penggal ke-14 daripada Yang Dipertua DUN Johor, Suhaizan Kaiat, pada 23 Januari lalu. – BH ONLINE