MalaysiaPilihan Editor

Prof Emeritus Mohd Kamal Meninggal Dunia

Bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

IKIM dalam kenyataan hari ini berkata, Mohd Kamal pada tahun 1942 di Pasir Mas, Kelantan, dan mendapat ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Malaya pada tahun 1965 dan menyambung pengajian peringkat sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Columbia University, New York pada tahun 1975.

“Kami memanjatkan doa yang setinggi-tingginya kepada Allah SWT, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh dan solehin,” katanya.

Allahyarham dilantik sebagai Rektor UIAM pada tahun 1999 sehingga 2006.

Beliau turut berperanan sebagai Pengerusi, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, sebuah lembaga yang ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close