MalaysiaPilihan Editor

Tidak Ada Sebab Mengecam, Mencemuh, Mengkritik Keterlaluan Apatah Berunsur Perkauman Terhadap S.Kisona – Tegas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Tidak ada sebab kita perlu mengecam, mencemuh, mengkritik yang keterlaluan !

Apatah lagi berunsur perkauman !

Semua tindak-tanduk ini masih berlaku terhadap pemain perseorangan wanita negara, S.Kisona yang membawa nama negara dalam Kejohanan Piala Sudirman 2021 di Vantaan, Finland.

Tegas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim, tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masih berfikiran jumud ini perlu dielakkan sama sekali.

“Kenyataan buruk seperti ini tidak harus ada.

“Sukan adalah satu-satunya platform yang menyatupadukan semua rakyat dan amatlah bersesuaian dengan konsep “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dikala semua teruja dengan persembahan semua pemain Malaysia dalam aksi Piala Sudirman termasuk S.Kisona yang jelas membuktikan semangat juang dalam setiap permainannya, yang tidak gentar bertemu dengan lawan di ranking yang lebih baik, tetapi dicalit pula dengan komen berunsur perkauman ini.

Janganlah kita sebagai peminat sukan tanah air mengkritik sehingga perkara yang melibatkan agama, bangsa mahupun warna kulit.

“Menang atau kalah, itu adalah adat permainan dalam sukan, ujar Norliza yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Untuk makluman, S.Kisona, seorang pemain wanita muda berusia 23 tahun dan adalah pemain ranking ke-53 dunia dan beliau bukanlah baharu dalam sukan badminton tanah air malah dia antara pemain senior di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 selain beberapa kejuaraan antarabangsa yang disertainya sejak 2017 bergelar pemain negara.

Lebih menarik, S.Kisona mempunyai kebolehan bertutur dalam lima bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Kantonis selain bahasa ibundanya, Tamil yang jelas sangat bertepatan dengan konsep “Keluarga Malaysia.

Menurut Norliza, negara Malaysia perlu berdiri teguh di bawah konsep “Keluarga Malaysia” terutama rakyat harus mengelak membuat sebarang kenyataan berunsur perkauman, keagamaan, bahasa dan sebarang bentuk diskriminasi dan penghinaan kepada wanita dan kanak-kanak.

Penghayatan perkara kelima – Kesopanan dan Kesusilaan di bawah Rukun Negara perlu dipupuk secara berterusan dalam menjayakan aspirasi konsep “Keluarga Malaysia” sebagai usaha murni bagi semua rakyat berada di bawah gagasan kebersamaan.

Kata Norliza, teruskan kecemerlangan S.Kisona serta semua pemain badminton negara kerana rakyat Malaysia sentiasa memberi sokongan kepada pasukan negara. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close