Malaysia

Hindari Fitnah, Penyebaran Berita Palsu Di Bulan Ramadan – Menteri Komunikasi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menggesa seluruh umat Islam menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.

Mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam, beliau berharap Ramadan kali ini ditempuhi dengan penuh barakah dan kedamaian.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada umat Islam agar segala ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diterima-Nya.

“Sama-samalah kita perbaiki amal ibadah dan jauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu,” katanya dalam hantaran media sosial.

Umat Islam di Malaysia mula menjalani ibadah puasa esok (2 Mac 2025). – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close