Dimensi BisnesEnglishPilihan Editor

HONOR X8a Dilengkapi Sistem Kamera Ultra 100MP Untuk Gambar Terperinci

Pada harga mampu milik RM999 tersedia di seluruh negara mulai 11 Febuari 2023

HONOR Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran HONOR X8a yang ditawarkan pada harga RM999 dan didatangkan dengan Sistem Kamera Ultra 100MP untuk gambar yang jelas.

HONOR X8a juga menyokong penstoran dalaman 128GB, cukup untuk menampung simpanan gambar dalam jumlah piksel yang besar.

Setiap pembelian HONOR X8a akan mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM258 termasuk Pengecas Kereta HONOR SuperCharge dan jaminan lanjutan 1 tahun.

Berikut 3 sebab utama kenapa anda harus membawa pulang HONOR X8a:

1) Sistem Kamera Ultra 100MP untuk tangkapan gambar menakjubkan

HONOR X8a mempunyai Sistem Kamera Ultra 100MP dan adalah megapiksel tertinggi dalam Siri HONOR X.

Terdiri daripada Kamera Utama 100MP, Kamera Lebar & Kedalaman 5MP dan Kamera Makro, HONOR X8a boleh menangkap imej dalam definisi tinggi. HONOR X8a juga menampilkan Kamera Swafoto 16MP untuk memastikan pengguna dapat merakam swafoto berdefinisi tinggi.

Dilengkapi dengan teknologi AI berperingkat industri yang mengoptimumkan imej, HONOR X8a membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dengan lebih mudah dalam lebih 20 senario.

 

2) Paparan Penjagaan Mata HONOR FullView 6.7 inci untuk pengalaman tontonan yang mendalami

HONOR X8a membolehkan pengguna menikmati kandungan pada skrin besar Paparan FullView HONOR 6.7 inci dengan nisbah skrin-ke-badan yang unggul sebanyak 93.6%.

Dilengkapi dengan teknologi Penentukuran Warna Paparan HONOR yang menala suhu warna pada setiap frame, HONOR X8a meningkatkan lagi pengalaman menonton pengguna dengan warna yang benar-benar nyata.

Diiktiraf oleh Pensijilan TÜV Rheinland , peranti ini juga padat dengan teknologi cahaya biru rendah untuk mengurangkan cahaya biru yang berbahaya, sesuai untuk mereka yang menghabiskan masa lama pada paparan telefon.

Menampilkan kadar segar semula skrin sehingga 90Hz, HONOR X8a boleh memaparkan lebih banyak frame sesaat untuk pengalaman penggunaan telefon yang lebih lancar bagi memenuhi penggunaan harian pengguna.

3) Badan hanya setebal 7.48mm untuk muat di dalam poket anda dengan mudah

Dengan Sistem Kamera Ultra 100MP dan Paparan FullView HONOR 6.7-inci dimuatkan di dalam HONOR X8a, telefon pintar ini hanya senipis 7.48mm dan seringan 179g, menjadikannya peranti sesuai dibawa ke mana-mana untuk tugasan harian.

Reka bentuk yang rata pada tepi dan salutan licin berkilauan pada panel belakang memberikan HONOR X8a rupa bergaya sambil memberi cengkaman yang selamat dan selesa, menawarkan keseimbangan sempurna antara bentuk dan fungsi untuk pengguna.

HONOR X8a tersedia dalam tiga warna iaitu Cyan Lake yang baru diperkenalkan, Titanium Silver mempesonakan dan Midnight Black klasik.

Mulai 11 Februari ini, HONOR X8a sudah tersedia di Kedai HONOR, kedai dalam talian HONOR, Kedai Rasmi Shopee HONOR, Kedai Flagship Lazada HONOR dan pengedar sah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari kedai dalam talian HONOR di www.hihonor.com. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close