Kedai Runcit

HUAWEI Y6p: Gaya, Skrin, Bateri Besar, Hanya RM559

TAHUN ini, kita menyambut dan meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana sama sekali berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia dan juga seluruh dunia.

Virus baharu ini merebak dengan pantas ke seluruh dunia. Malah, ia juga merebak dengan mudah antara orang yang berada dalam jarak yang rapat, atau melalui batuk dan bersin.

Pesakit yang dijangkiti kebanyakannya mengalami gejala ringan, seperti selesema tetapi ada yang sakit parah dan juga meninggal dunia.

Untuk menangani situasi genting, kita disarankan untuk melakukan penjarakan sosial walaupun ketika meraikan perayaan besar seperti Hari Raya.

Walaupun Hari Raya Aidilfitri diraikan dalam keadaan norma baharu seperti tidak dapat balik kampung, tiada kunjung mengunjung ke rumah sanak-saudara dan melakukan rumah terbuka, mungkin juga ada yang beraya keseorangan, rakyat Malaysia tetap meraikan perayaan ini dengan rasa syukur serta gembira.

Mujur, kemajuan teknologi dan komunikasi untuk bertanya khabar di maya dengan menelefon serta membuat panggilan video dapat mengubat rindu.

Bagi generasi hari ini, Hari Raya pastinya lebih bermakna dengan adanya HUAWEI Y6p, telefon baharu oleh HUAWEI yang ditawarkan pada harga RM559. Harganya berpatutan tetapi padat dengan ciri-ciri terbaharu dan canggih.

HUAWEI Y6p aksesori cantik

Reka bentuk dan ciri pembuatan telefon pintar ini bukan sahaja memikat tetapi juga cantik dipadankan dengan baju Hari Raya.

Yang pasti, Hari Raya ini walaupun tidak dapat balik ke kampung akan tetap meriah, terima kasih kepada Y6p yang mempunyai skrin dan bateri yang besar.

Setiap tahun, memori indah menyambut hari perayaan pastinya ingin diabadikan. Untunglah bagi yang memiliki HUAWEI Y6p kerana ia sangat mudah untuk menyimpan gambar dan video dari sanak- saudara serta gambar Outfit Of The Day (OOTD) pada pagi raya.

Bateri pun kena tahan lama untuk menanti panggilan telefon, video dan mesej dari keluarga dan rakan-rakan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya.

Hal ini, tidak perlu dirisaukan kerana HUAWEI Y6p didatangkan dengan bateri besar yang bertahan lama. Jadi, selesai masalah anda!

Y6p mempunyai tiga warna menarik yang dapat dipadankan dengan baju Hari Raya. Plilhlah yang mana berkenan di hati dan bolehlah bergaya sahkan dengan aksesori cantik itu untuk menceriakan lagi Hari Raya anda.

Panggilan video bersama yang tersayang

Anda rindu bersua wajah dengan insan tersayang di hari mulia? Ini sudah semestinya tetapi jangan dibiarkan hati terus lara di pagi Syawal.

Skrin bersaiz 6.3 inci (resolusi 1600×720), amat selesa untuk panggilan video bersama yang tersayang pada pagi Hari Raya untuk bermaafan dan bertanya khabar.

Bagi yang meraikan Hari Raya tanpa ibu bapa di sisi dan cuba untuk masak lauk istimewa Hari Raya sendiri, boleh membuat panggilan video bersama ibu bapa, rakan taulan dan masak bersama pada malam raya.

Rakam memori di Hari Raya

Apabila sudah melaram dengan baju cantik dan tampil dengan wajah yang berseri-seri, anda tentu ingin merakamkan detik keriangan itu.

Inilah antara kelebihan Y6p apabila didatangkan dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP yang sesuai untuk mengambil gambar serta video pada Hari Raya.

Rakamlah seribu satu gambar atau video yang anda inginkan. Antaranya, sesi fotografi berpakaian sedondon atau mengenakan baju Raya baharu yang lazimnya, menjadi satu kemestian saban tahun!

Pada masa sama, jangan lupa, rakamkan juga kesibukan anda membuat persiapan menyambut 1 Syawal seperti video ibu sedang memasak, anda memasang langsir baharu dan menghiasi rumah serta sebagainya untuk dikongsi bersama abang dan kakak yang tidak dapat balik Raya bersama.

Usah bimbang, Y6p mempunyai ruang memori besar iaitu 64GB yang boleh menyimpan gambar dan video yang banyak itu.

Pelanggan HUAWEI yang membeli peranti Y6p layak untuk mendapatkan 15GB cloud storage secara percuma selama 12 bulan – tidak perlu risau sama ada cukup storan untuk semua video dan gambar Raya

Duit Hari Raya tanpa tunai

Dengan adanya kemudahan teknologi terkini, duit raya kini boleh diberi tanpa tunai.

Setiap peranti HUAWEI termasuklah model baharu, Y6p, pengguna boleh mengakses AppGallery yang mana ia menawarkan beratus app terkini untuk kemudahan.

Antara app popular yang ada di dalam AppGallery adalah Maybank2u, Touch n’ Go eWallet, dan Boost. Alhamdulillah! Masih boleh hantar dan terima duit raya!

Menonton filem bersama di rumah

Khas untuk pengguna HUAWEI Y6p, mereka ditawarkan Viu Premium secara percuma untuk dua bulan.

Caranya mudah sahaja, pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Member Center di AppGallery. Kod percuma boleh didapati di aplikasi Member Center ini.

Dengan adanya Viu Premium, pengguna HUAWEI Y6p dapat menonton pelbagai filem dan drama popular tanpa iklan, serta filem eksklusif untuk pelanggan Viu Premium.

Y6p kini boleh dibeli di kedai rasmi HUAWEI dan dalam talian https://bit.ly/2Xv87cZ

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web rasmi serta Facebook HUAWEI Malaysia. – BERITA HARIAN ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close