Governans

Kerajaan Sedia Peruntukan RM75 Juta Bantu Ekonomi Gig – PM Muhyiddin

Sebanyak RM75 juta akan diperuntukkan bagi membantu ekonomi gig, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, beliau berkata geran RM50 juta dalam bentuk dana padanan pula akan diperuntukkan untuk platform ekonomi gig bagi pekerja yang mencarum di bawah Skim Bencana Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Skim i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Dalam usaha menggalakkan bidang freelancing, MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) akan diberi peruntukan RM25 juta bagi program Global Online Workforce (GLOW),” katanya ketika membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen tempatan, hari ini.

Ekonomi gig ialah pasaran buruh kontrak jangka pendek atau kerja bebas yang dilakukan oleh individu yang dipacu teknologi digital.

Dalam  pada itu, bagi mendorong perusahaan mikro serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menggunakan khidmat digital, Muhyiddin berkata kerajaan bersama-sama pihak swasta akan membiayai usaha tersebut melalui geran padanan sebanyak RM140 juta.

“Peruntukan akan diguna untuk sesi latihan, subsidi dan bantuan penjualan yang diterajui MDEC bersama platform e-dagang terpilih,” katanya. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close