GovernansPilihan Editor

Impak PKP Terhadap Ekonomi Masih Terkawal – PM

Kerajaan menjangkakan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini terhadap ekonomi negara masih terkawal.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak menjangkakan impak yang sama seperti suku kedua 2020 akan dialami kali ini.

Beliau berkata, ini kerana lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan untuk beroperasi.

“Pertumbuhan akan terus disokong oleh sektor eksport yang memberangsangkan dengan pemulihan perdagangan dunia.

“Pakej rangsangan ekonomi, Belanjawan 2021 dan pakej bantuan PERMAI juga akan terus merancakkan penggunaan.

“Projek dan program yang berimpak tinggi dan mempunyai kesan pengganda yang besar juga akan terus memacu momentum pemulihan ekonomi,” katanya ketika mengumumkan pakej bantuan PERMAI di sini.

Muhyiddin berkata, pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini juga berjaya mencapai kadar penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih rendah daripada 17.1 kepada 2.7 peratus.

Beliau berkata, kadar pengangguran juga mencatatkan penurunan daripada 5.1 pada suku kedua 2020 kepada 4.7 peratus pada suku ketiga 2020. – BERITA HARIAN/BERNAMA

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close