GovernansMalaysiaPilihan Editor

Sistem Penyampaian & Agihan PERMAI Perlu Bebas Karenah Birokrasi, Segera Bantu Rakyat – Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Proses birokrasi perlu disifarkan !

Proses penyampaian perlu disegerakan !

Pastikan agihan dan bantuan boleh disegerakan !

 

Itu adalah ketegasan yang disuarakan Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris yang melihat menerusi insentif, bantuan, pemudahcara dan penambahbaikan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

“Saya juga percaya pendekatan pimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan Kabinet telah menyediakan dorongan yang betul bagi kesejahteraan rakyat dan negara.

“Seiring dengan hasrat Perdana Menteri itu, adalah diharapkan proses birokrasi agensi dalam sistem penyampaian perlu disifarkan bagi memastikan agihan dan bantuan boleh disegerakan,” kata Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Ahli Parlimen Dewan Negara itu turut berpandangan PERMAI merupakan pakej berciri realistik dan dinamik berdasarkan kesinambungan pelaksanaan beberapa pakej rangsangan ekonomi negara lalu termasuk Belanjawan 2021 bagi negara yang sedang berdepan penularan pandemik COVID-19 ini.

Justeru itu, Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menyifatkan langkah pengumuman semalam (18 Januari 2021)  Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus menerus meletakkan kelangsungan kehidupan rakyat, pemulihan ekonomi secara efektif dan kesihatan awam untuk terus kekal berdaya saing sebagai keutamaan paling tinggi negara.

Beliau juga menaruh keyakinan dan harapan tinggi pelaksanaan PERMAI dengan sejumlah peruntukan RM15 bilion dengan 22 inisiatif mampu mengurangkan impak dan beban yang ditanggung setiap lapisan rakyat dan memberikan ketahanan serta kemapanan ekonomi negara untuk pulih semula.

Dalam hal ini, Kerajaan telah melakukan yang terbaik dan pada waktu sama, rakyat dipohon untuk melakukan yang terbaik jua untuk bersama-sama memulihkan ekonomi kendiri, keluarga, komuniti dan negara secara keseluruhannya.

“Usahlah diperlekehkan niat murni Kerajaan, kerana apa yang diumumkan setiap pakej rangsangan ekonomi negara membawa pulangan semula kepada rakyat sendiri,” tegas Razali lagi. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close