Kedai RuncitPilihan Editor

Jakel Rugi RM100j Gedung Terbakar, Untung RM300j Setahun Terjejas

Syarikat tekstil terkemuka, Jakel dianggarkan mengalami kerugian hampir RM100 juta selepas bangunan wisma di Seksyen 7 dekat sini terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Jumlah itu bagaimanapun hanya membabitkan nilai bangunan, manakala jumlah sebenar masih belum dapat dianggarkan.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata cawangan berkenaan membawa keuntungan kepada syarikat sekitar RM300 juta setahun.

Katanya, insiden kebakaran itu berlaku sekitar jam 7 hingga 7.15 pagi tadi yang mana beliau dimaklumkan oleh adiknya yang juga pengurus Jakel cawangan terbabit.

“Bangunan ini nilainya sekitar RM100 juta membabitkan 19 rumah kedai dan lima rumah kedai lima tingkat.

 

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran. - Foto NSTP/Faiz Anuar
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran. – Foto NSTP/Faiz Anuar

 

 

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran. - Foto NSTP/Faiz Anuar
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran. – Foto NSTP/Faiz Anuar

 

“Api dipercayai bermula daripada bahagian pakaian lelaki di tingkat satu, bagaimanapun punca sebenar masih belum diketahui.

“Ini kerugian besar kepada syarikat bagaimanapun kami reda dengan ketentuan Allah ini dan saya yakin ada hikmah serta yakin Allah akan ganti dengan lebih baik. Sebagai orang Islam kita kena percaya,” katanya ketika ditemui berdekatan lokasi kebakaran di Seksyen 7, dekat sini.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah syarikat akan mencari lokasi sementara untuk jualan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, Mohamed Faroz berkata, pihaknya akan mencari lokasi berkenaan secepat mungkin.

Katanya, lokasi akan dipilih sekitar Shah Alam berikutan cawangan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai tiga ke empat bulan sebelum raya.

 

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran. - Foto NSTP/Faiz Anuar
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran. – Foto NSTP/Faiz Anuar

 

“Buat masa ini, pelanggan serta peminat Jakel boleh mengunjungi cawangan kami di Jakel Mall Kuala Lumpur; Bangi serta di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan kebakaran berkenaan dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Katanya, polis menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 7 pagi dan anggota polis bertugas menjalankan kawalan lalu lintas dan keselamatan di lokasi kejadian.

“Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas di premis tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, ketika ini, usaha memadam kebakaran masih giat dijalankan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang membabitkan pegawai dan anggota dari tujuh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP). – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close