GovernansMalaysiaPilihan Editor

Hentikan Amalan ‘Punggah’ Kekayaan Negara – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak mahu kepincangan politik berlarutan, manakala kedudukan dan jawatan sebagai pemimpin bukan suatu kesempatan untuk ‘memunggah’ kekayaan negara.

Perdana Menteri berkata, ada serangan terhadap pentadbirannya yang mendakwa seolah-olah mereka dalam kerajaan kini terpalit hal sedemikian.

“Saya nak sebut bahawa sikap kita jelas. Negara ini negara ada hukum. Badan penguat kuasa diberi kuasa memantau.

“Justeru (perlu diamalkan) budaya kesederhanaan, jangan ada pembaziran, memantau semua GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan perbelanjaan mereka itu, kita akan teruskan.

Perdana Menteri menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di masjid sama yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Anwar menyampaikan perutusan Tahun Baharu 2023 pada program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya, malam ini. - NSTP/Asyraf Hamzah
Anwar menyampaikan perutusan Tahun Baharu 2023 pada program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya, malam ini. – NSTP/Asyraf Hamzah

 

Anwar berkata, pentadbirannya memberi jaminan akan sekurang-kurang memulangkan sebahagian daripada dana telah diselewengkan sebelum ini, kepada rakyat kerana jumlahnya yang besar.

Katanya, biarpun ada sesetengah pihak meminta beliau agar melupakan perkara berkenaan, ia bukanlah perkara peribadi yang boleh dimaafkan.

Beliau berkata, jika ia membabitkan perkara peribadi, kesalahan itu boleh dan sudahpun dimaafkannya.

Namun, katanya, jika perkara berkenaan berterusan, beliau akan mengambil tindakan terhadapnya.

“Namun, kesannya kepada rakyat dan harta rakyat. Bukan ada kuasa seorang Perdana Menteri untuk melepaskan puluhan ratus atau bilion ringgit yang dipunggah tatkala mereka berkuasa,” katanya.

Justeru, Anwar berkata, pihak berkuasa terbabit perlu memikirkan cara untuk memastikan rakyat miskin tidak terpukau dengan janji dan slogan yang menyatakan seseorang itu bersih tetapi sebenarnya terpalit dengan ratusan juta ringgit kekayaan yang ‘dipunggah’ sebelum ini.

Beliau berkata, menjadi tugas bersama semua pihak untuk menjamin negara selamat dengan martabatnya dapat ditingkatkan, sekali gus menghentikan amalan salah sedemikian. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close