Kedai RuncitPilihan Editor

Jana Pendapatan RM8 Juta Jual Bertih Jagung

Mohamad Shazarul bersama produk keluarannya, Eng’s Popcorn. - FOTO Eng’s Popcorn
Mohamad Shazarul bersama produk keluarannya, Eng’s Popcorn. – FOTO Eng’s Popcorn

MENGECAPI kejayaan di usia muda sememangnya impian semua.

Bagaimanapun, ia memerlukan tekad, usaha dan keberanian tinggi supaya dapat menempuh cabaran dan tidak patah semangat di pertengahan jalan.

Bagi pengasas dan pemilik jenama bertih jagung Eng’s Popcorn, Mohamad Shazarul Ismail, 23, tiada yang mustahil baginya.

Mula berasa kecewa kerana banyak matlamat hidup belum dicapai terutamanya untuk  membantu keluarga, beliau mula bekerja di pasar pagi bersama bapa saudaranya dengan gaji RM900 pada tahun 2016.

Mohamad Shazarul (kiri) mengupas bawang bagi membantu bapa saudaranya di kedai. – FOTO Eng’s Popcorn

Masih merasakan ia tidak mencukupi, beliau mengambil keputusan untuk berniaga bertih jagung pada tahun 2018.

Idea itu tercetus selepas beliau terlihat mesin pembuat bertih jagung milik kakaknya, lalu cuba menghasilkannya untuk makan sendiri.

Bau wangi bertih jagung dan rasanya yang enak mendapat sambutan serta menarik minat jiran untuk membelinya hari demi hari.

Dari situ beliau mula serius untuk menjual bertih jagung sehingga mampu mencapai jumlah jualan sehingga RM152,000 sepanjang enam bulan beliau memulakan perniagaan.

Kehidupan anak kelima daripada lapan adik-beradik yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini terus berubah selepas mengikuti kakaknya menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran RichWorks.

Daripada niat hanya untuk menemani kakak, beliau menerima impak besar kepada dirinya hingga berjaya membuang semua perasaan negatif ketika itu.

Mohamad Shazarul berkata, beliau mula sedar dan dapat menjaga hubungan dengan Allah SWT sejak menyertai IMKK.

“Saya dapat kenal yang kita semua ada potensi untuk berjaya, Alhamdulillah kelas IMKK saya baru kenal Datuk Wira Dr Azizan Osman yang banyak mengubah saya mengenai bernilainya kehidupan dan belajar buat apa di tangan,” katanya.

Image

Kini, Mohamad Shazarul mempunyai kilang seluas 21,000 kaki persegi di Batu Pahat, Johor dengan bantuan 50 tenaga kerja.

Bukan itu saja, beliau juga berjaya memiliki kereta idamannya iaitu Mercedes Sport Model GLA 45 AMG.

Antara ejen Eng’s Popcorn yang mencapai jumlah jualan tertinggi. – FOTO Eng’s Popcorn

Malahan, Eng’s Popcorn turut mencapai jualan sehingga RM8 juta pada tahun lalu biarpun ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama.

Image

Mohamad Shazarul berkata, nama Eng’s Popcorn berasal daripada moyangnya yang berketurunan Cina.

Akibat tidak mahir dengan sebutan nama arwah bapanya Ismail, moyangnya itu hanya menyebut Eng’s.

“Nama Eng’s Popcorn saya pakai sebagai tanda penghargaan buat ayah yang ketika dia hidup, saya tak dapat balas jasanya,” katanya.

Beliau berkata, ada pengguna khususnya mereka yang beragama Islam sering ragu-ragu untuk mencuba produk Eng’s Popcorn.

“Perniagaan Eng’s Popcorn 100 peratus milik Muslim Bumiputera dan dijamin halal,” katanya.

Layari https://linktr.ee/engspopcorn_hq untuk mencuba produk Eng’s Popcorn hari ini. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close