MalaysiaPilihan Editor

JDT Juara Piala Malaysia

Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pasukan pertama meraih ‘double quadruple’ selepas menjulang Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

JDT sekali lagi menyapu bersih semua empat trofi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dua musim berturut-turut apabila menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 pada aksi final Piala Malaysia.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Harimau Selatan berjaya mengekalkan semua trofi yang dimenangi mereka musim lalu termasuk Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia di bumi Johor.

Harimau Selatan hanya memerlukan enam minit untuk berada di hadapan apabila Bergson Da Silva menyempurnakan sepakan penalti selepas Azam Azmi Murad didakwa mengasari Fernando Forestieri.

 

Pemain Terengganu Habib Haroon Haroon Saseed diasak pemain JDT, Heberrty Fernandes De Anrade di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Aswadi Alias
Pemain Terengganu Habib Haroon Haroon Saseed diasak pemain JDT, Heberrty Fernandes De Anrade di Stadium Nasional Bukit Jalil. – NSTP/Aswadi Alias

 

Kelebihan itu bagaimanapun dipadam penyerang import TFC, Ivan Mamut juga menerusi sepakan penalti pada minit ke-21 apabila dia dijatuhkan kapten JDT, Jordi Amat.

Bagaimanapun, kecederaan yang dialami Shane Lowry selepas bersambung babak kedua seakan memberi tuah buah Feroz Baharudin apabila dia dipilih pengendali JDT, Esteban Solari untuk menggantikan pemain import dari Australia itu.

Kemasukan Feroz memberi keceriaan kepada buat kem Harimau Selatan pada minit ke-73 selepas menanduk masuk bola sepak penjuru Heberty Fernandes untuk kembali meletakkan juara tiga kali Piala Malaysia itu di hadapan.

Arif Aiman Hanapi kemudian melengkapkan malam gemilang JDT apabila meledak gol ketiga menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan selepas dia dijatuhkan Shahrul Nizam Ros Hasni.

Untuk rekod, ia kejuaraan Piala Malaysia kali keempat dimenangi Harimau Selatan selepas musim 2017, 2019, 2022. – BH ONLINE/NSTP

 

 Pemain pasukan JDT, Muhamad Feroz Baharudin meraikan gol jaringannya di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Pemain pasukan JDT, Muhamad Feroz Baharudin meraikan gol jaringannya di Stadium Nasional Bukit Jalil. – NSTP/Eizairi Shamsudin

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close